Amazfit Perkenal Jam Tangan Pintar GTR 2e dan GTS 2e Amazfit Amat Bergaya dengan Ciri-ciri Kesihatan dan Kecergasan Canggih

75
- Iklan -

Jam tangan pintar semua-dalam-satu penting inilah bilamana gaya bertemu kesihatan

LAS VEGAS, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ — Amazfit, jenama bertaraf global dalam pasaran peranti boleh pakai, memperkenalkan jam tangan pintar GTR 2e dan GTS 2e Amazfit di CES digital-sepenuhnya tahun ini. Menampilkan ciri-ciri penjejakan kecergasan terkini berserta reka bentuk yang amat nipis dan bergaya, kedua-dua penambahan terkini ke dalam Rangkaian jam tangan pintar GTS 2 dan GTR 2 Amazfit ini memperlihatkan gabungan yang sempurna antara gaya dan kesihatan buat pengguna aktif masa kini sekali gus turut membawakan hayat bateri yang lebih lama dan keanggunan tanpa kompromi.’

Lihat barisan produk Amazfit semasa berlangsungnya CES digital-sepenuhnya, 11-14 Januari di amazfit.com.

Jam Tangan Pintar GTR 2e dan GTS 2e Amazfit semua-dalam-satu yang Penting
Jam Tangan Pintar GTR 2e dan GTS 2e Amazfit semua-dalam-satu yang Penting

Reka Bentuk Tanpa Sempadan[1], Hujung-ke-Hujung

Ketukangan hebat dipaparkan sepenuhnya dengan reka bentuk tanpa sempadan yang menggunakan kaca melengkung bagi mencipta pengalaman visual yang mantap dan bersepadu. Jam tangan pintar GTR 2e dan GTS 2e Amazfit menampilkan badan aloi aluminium dengan lengkung dinamik yang memberi pengalaman boleh pakai yang selesa dan ringan sekali gus turut menggabungkan lapisan vakum untuk skrin kalis calar dan kalis haus.

Skrin Boleh Putar dengan Warna dan Kejelasan Cemerlang

GTS 2e mempunyai skrin HD AMOLED 1.65-inci, boleh putar yang setanding tahap kejelasannya dengan telefon pintar terkini. Kepadatan piksel 341 ppi menjadikan paparan jelas dan seakan-akan hidup, dengan warna terang bagi memastikan kebolehbacaan yang lancar.

Dari segi bahagiannya, GTR 2e mempunyai skrin AMOLED berdefinisi tinggi 1.39-inci, boleh putar dengan kepadatan piksel 326 ppi untuk paparan yang jelas dan terang.

Perlindungan Kesihatan Komprehensif[2]

Dilengkapi dengan sensor optik kejituan tinggi PPG BioTrackerTM 2 yang terkini, GTR 2e dan GTS 2e Amazfit benar-benar merealisasikan perlindungan kesihatan yang menyeluruh. Jam tangan ini boleh melakukan pemantauan kadar degupan jantung selama 24 jam, malah memberi amaran apabila kadar degupan jantung semasa rehat anda meningkat secara tidak normal.

Pengukuran Ketepuan Oksigen-darah

Ketika terlibat dalam aktiviti fizikal secara berterusan, seperti berlari maraton atau melakukan senaman luar yang bersungguh-sungguh, anda boleh mengukur tahap SpO2 anda bilamana tenaga anda mula berkurangan.

Sistem Penilaian Kesihatan PAI™

PAI™ (Kecerdasan Aktiviti Peribadi) ialah sistem penilaian kesihatan yang menggunakan algoritma untuk menukarkan data kompleks seperti kadar degupan jantung, tempoh aktiviti dan data kesihatan lain kepada skor tunggal yang intuitif untuk pengguna memahami dengan mudah keadaan fizikal mereka.

Pemantauan Kualiti Tidur untuk Prestasi Puncak

Jam tangan pintar GTR 2e dan GTS 2e Amazfit menyokong pemantauan tidur mendalam dengan menentukan peringkat tidur dengan tepat, mengesan keadaan pernafasan tidur dan menyediakan analisis serta cadangan berkualiti bagi tujuan penambahbaikan. Jam tangan ini juga dapat mengenal pasti tidur sekejap waktu siang lebih 20 minit[3] bagi merekodkan maklumat tidur yang lebih lengkap.

Pemantauan Tahap Tekanan

Jam tangan pintar baharu kami membolehkan anda memeriksa tahap tekanan peribadi anda –bermula daripada santai, normal, sederhana atau tinggi–sepanjang hari.

90 Mod Sukan Terbina-dalam

Jam tangan pintar Amazfit baharu menampilkan 90 mod sukan terbina-dalam untuk menampung keperluan kebanyakan peminat sukar. Dengan fungsi[4] pengecaman sukan pintar, ia mengaktifkan mod sukan yang berkaitan secara automatik sebaik sahaja anda mula menggerakkan tubuh badan anda.

Bantuan Suara Pintar[5]

Lakukan operasi suara pada jam tangan anda tanpa akses internet dengan ciri pembantu suara luar talian–termasuk menghidupkan mod sukan atau membuka fungsi pemantauan kadar degupan jantung.

Hayat Bateri Dilanjutkan

Dengan sistem pengurusan bateri berkapasiti tinggi yang dioptimumkan secara mendalam yang menjanjikan hayat bateri sehingga 24 hari untuk GTR 2e dan 14 hari untuk GTS 2e dengan penggunaan biasa[6], jam tangan pintar ini sentiasa bersedia untuk mengesan tahap kemajuan anda–tanpa perlu berasa bimbang untuk membawa pengecas ke mana-mana sahaja anda pergi.

Keseraian Zepp App untuk Pengurusan Data Kesihatan Optimum

Jam tangan baharu kami berhubung dengan Zepp App dinaik taraf, yang menjalankan analisis komprehensif terhadap pelbagai sumber data bagi menyediakan pengurusan data tubuh badan 24/7, lantas membantu pengguna memeriksa keadaan fizikal mereka pada bila-bila masa.

Harga dan Ketersediaan

Di Amerika Utara, GTR 2e dan Amazfit GTS 2e Amazfit disediakan mulai 11 Januari di kedua-dua laman sesawang rasmi Amazfit dan Amazon (pautan khusus disertakan). Kedua-duanya berharga USD 139.99.

Di UK, GTR 2e Amazfit dan GTS 2e Amazfit akan disediakan di Argos mulai 11 Januari, berharga GBP 119 dan akan disediakan di kedua-dua laman sesawang rasmi Amazfit dan Amazon pada satu tarikh yang akan disahkan kelak.

[1] GTR 2e dan GTS 2e Amazfit menerima pakai konsep reka bentuk baharu, produk-produk tersebut tidak mempunyai sempadan yang jelas pada bahagian depan, bagi membawa pengalaman visual “tanpa sempadan”.

[2] Produk-produk ini bukan peranti perubatan. Data dan keputusan ujian hanya untuk rujukan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau memantau sebarang keadaan perubatan. Selain itu, ketepatan data akan dipengaruhi oleh tatu atau pigmen lain pada kulit, warna kulit yang lebih gelap, rambut, pergerakan dan peluh daripada sukan dan sebagainya.

[3] Apabila ia mengesan pemakai sedang tidur antara waktu tengah malam dan 6 pagi, waktu tidur antara jam 6 petang pada hari sebelumnya dan 11 pagi boleh direkodkan sebagai waktu tidur malam; tidur antara jam 11 pagi dan 6 petang selama lebih daripada 20 minit direkodkan sebagai tidur sekejap. Tidur selama kurang daripada 20 minit tidak direkodkan.

[4] Pengecaman pintar mod sukan termasuk Berlari di Luar, Sawat Injak, Berjalan, Berbasikal di Luar, Berenang di Kolam dan Elips.

[5] Pembantu suara luar talian hanya menyokong arahan suara bahasa Inggeris.

[6] Hayat bateri mungkin berbeza mengikut tetapan, keadaan operasi dan faktor-faktor lain. Maka, keputusan sebenar mungkin berbeza daripada data makmal. GTR 2e Amazfit boleh bertahan sehingga 24 hari dengan penggunaan biasa. Senario penggunaan biasa: Kadar degupan jantung sentiasa dihidupkan, pemantauan tidur diaktifkan; 150 pesanan tolak sehari menyalakan paparan skrin, mengangkat pergelangan tangan untuk melihat masa pada jam tangan 30 kali, operasi skrin terang selama 5 minit; bersenam 3 kali seminggu, GPS beroperasi selama 30 minit.

GTS 2e Amazfit boleh bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa. Senario penggunaan biasa: Kadar degupan jantung sentiasa dihidupkan, pemantauan tidur diaktifkan; 150 pesanan tolak sehari menyalakan paparan skrin, mengangkat pergelangan tangan untuk melihat masa pada jam tangan 30 kali, operasi skrin terang selama 5 minit; bersenam 3 kali seminggu, GPS beroperasi selama 30 minit.

Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news

Source: PRNEWSWIRE