
Yellow Messenger menawarkan Pembantu Maya WhatsApp Dikuasakan AI Percuma untuk Memperkasakan Perniagaan
– Apabila berlakunya pandemik tersebut, kempen ‘Get AI Ready’ menggerakkan syarikat dari setiap skala dengan Pembantu Maya di akaun WhatsApp Business secara percuma
– Gartner menyatakan bahawa menjelang tahun 2025, organisasi perkhidmatan pelanggan yang memasukkan AI dalam platform interaksi pelbagai saluran mereka akan meningkatkan kecekapan operasi sebanyak 25%
– Jenama-jenama yang bersedia untuk musim perayaan akan berpeluang menggunakan AI Perbualan dan mengoptimumkan saluran D2C mereka dengan chatbot Yellow Messenger dalam lebih 120 bahasa
BENGALURU, India dan WILMINGTON, Del, 12 November 2020 /PRNewswire/ — Dalam usaha untuk membantu perniagaan mengatasi cabaran yang dihadapi akibat COVID, Yellow Messenger, platform AI Perbualan yang paling cepat berkembang di dunia, telah melancarkan kempen ‘Get AI Ready’ untuk memperkasakan organisasi di peringkat global dengan pembantu maya WhatsApp tanpa melibatkan sebarang kos. Tujuannya adalah untuk membolehkan perniagaan menggunakan chatbot pintar untuk penglibatan pelanggan berkualiti tinggi pada musim perayaan untuk meningkatkan jualan dan memacu pertumbuhan.
Sama ada untuk menghantar pemberitahuan atau terlibat dalam perbualan, WhatsApp telah menjadi alat perbualan di mana-mana, yang diterima oleh pelanggan dan pelbagai jenama. Cabarannya adalah untuk memanfaatkan semua bentuk aktiviti pembeli baharu dengan cara berkesan yang telah diubah oleh pandemik tersebut. Kempen Yellow Messenger berusaha menghubungkan perniagaan dengan berjuta-juta pelanggan melalui chatbot WhatsApp pada akaun WhatsApp Business.
Bercakap tentang inisiatif kesinambungan perniagaan, Raghu Ravinutala, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Yellow Messenger berkata, “Pandemik ini telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia dan ini Ialah hak prerogatif kita sebagai inovator teknologi untuk mencari kaedah bagi menggunakan penyelesaian berasaskan AI untuk mencapai pertumbuhan dan pemulihan positif. Tidak kira seberapa besar atau kecil perniagaan, kami ingin menjadikan AI Perbualan dapat diakses oleh semua orang dengan menggalakkan penerimaan dan penggunaan yang lebih meluas. Dengan pembantu maya WhatsApp Business kami, setiap perniagaan akan mempunyai peluang untuk memperkukuhkan penglibatan perniagaan. AI Perbualan mempunyai kekuatan untuk mentakrifkan semula perbualan jenama dengan memberikan pengalaman yang diperibadikan dan mendalam untuk mencapai kepuasan dan kesetiaan pekerja dan pelanggan.”
Yellow Messenger menyediakan akses ke pelbagai perkhidmatan termasuk 25 Soalan Lazim chatbot di WhatsApp dalam lebih daripada 120 bahasa, akaun WhatsApp Business, log masuk ejen langsung tanpa had selama 3 bulan, pemberitahuan bernilai USD100 secara percuma, perbualan tanpa had, analisis, penjanaan laporan dan akses pentadbir ke papan pemuka.
Lebih 150 syarikat di seluruh dunia memanfaatkan pembantu maya Yellow Messenger di WhatsApp termasuk organisasi seperti Pepsi, Xiaomi, ITC, Taj Hotels, Landmark Group, Tata AIG, Max Bupa, Bajaj, Sayurbox dan Zenyum.
Menjadi aktif dalam saluran penglibatan baharu untuk pengguna akan memainkan peranan penting dalam merebut bahagian pasaran dalam jualan perayaan. Jenama-jenama perlu memperkukuhkan saluran komunikasi D2C mereka dengan pengguna untuk mendapatkan tempat dalam senarai pantau percutian mereka.
Tentang Yellow Messenger
Yellow Messenger menyediakan syarikat dengan platform AI untuk membina pengalaman perbualan yang hebat untuk para pelanggan dan pekerja. Teknologi proprietari memungkinkan penyatuan antara robot, aplikasi dan manusia; membolehkan penyelesaian automasi tersedia untuk syarikat dengan chatbot dalam lebih daripada 120 bahasa. Syarikat ini telah membuat penampilan di AS, Eropah, Brazil, UAE, Indonesia, Malaysia dan India. Sila layari www.yellowmessenger.com
Hubungan Media:
Suvina Rai
Ketua Komunikasi
suvina@yellowmessenger.com
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services
Source: PRNEWSWIRE