
Smart Protection menutup pusingan pelaburan €10 juta untuk melindungi jenama-jenama daripada masalah pemalsuan dalam talian
— Pusingan pelaburan ini diketuai bersama oleh syarikat pembiaya Belanda, Knight Capital dengan syarikat Israel-Sepanyol, Swanlaab Venture Factory dan CDTI.
— Smart Protection ialah sebuah syarikat Sepanyol yang didedikasikan untuk melindungi jenama-jenama daripada dipalsukan dan disalah guna secara dalam talian.
— Dengan pelaburan baharu ini syarikat tersebut akan terus menambahkan bakat-bakat global terbaik untuk membangunkan platform berteknologi.
MADRID, 18 November 2020 /PRNewswire/ — Smart Protection menutup pusingan pembiayaan Siri B yang bernilai €10 juta, yang dipimpin secara bersama-sama antara firma Belanda Knight Capital, syarikat Israel-Sepanyol Swanlaab Venture Factory, yang mengkhusus dalam SaaS B2B, dan juga CDTI, sebuah Agensi Inovasi Nasional Sepanyol.

Javier Perea. CEO and co-founder of Smart Protection. Smart Protection closes €10M round to protect brands against online counterfeiting
Para pelabur sedia ada ialah Nauta Capital, JME Ventures, Bankinter, Big Sur Ventures dan Telefónica, melalui medium pelaburan baharu Telefónica Tech Ventures yang mengkhusus dalam bidang keselamatan siber, turut sama menyertai proses pelaburan tersebut.
Smart Protection kini telah pun menerima pembiayaan dengan jumlah besar melebihi €20 juta untuk menentang cetak rompak dan pemalsuan dalam Internet melalui platform berteknologi.
Mengulas tentang pelaburan tersebut Javier Perea, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Smart Protection, berkata, “Dengan pelaburan ini, kami akan mempercepatkan pertumbuhan antarabangsa dan memperluas penyelesaian berteknologi kami untuk melindungi jenama daripada kerosakan reputasi dan kerugian yang ditanggung akibat pemalsuan yang berlaku dalam talian.”
Walaupun dalam keadaan COVID-19, penskalaan syarikat Sepanyol tersebut mengalami pertumbuhan yang pesat pada tahun 2020, yang dapat dilihat daripada kadar pusing gantinya sebanyak dua kali ganda berbanding keputusannya pada tahun 2019. Pada masa ini, Smart Protection berkhidmat dengan pelanggan di 25 buah negara dan 76% daripada pendapatannya diperolehi daripada syarikat di luar Sepanyol.
“Cetak rompak dan pemalsuan dalam talian merupakan masalah berskala global,” kata Diederik Ingen Housz, Rakan Pengurusan Knight Capital. “Smart Protection ialah salah satu daripada beberapa syarikat dalam dunia ini yang mempunyai keupayaan teknologi dalam menangani isu ini.”
Smart Protection terus membentuk salah satu daripada pasukan kejuruteraan terbaik di dunia dan pusingan ini membolehkan mereka terus menarik bakat-bakat pintar. Sebagai gantinya, ini akan memacu pembangunan platform berteknologi dengan pengalaman paling baik dan kemajuan terkini dalam kecerdasan buatan.
Mark Kavelaars, Pengarah Urusan Swanlaab Venture Factory menyatakan bahawa “Kami sedang mencari syarikat yang kukuh yang dibentuk oleh pasukan yang berupaya menjadi peneraju global dalam kategori mereka, berdaya saing dalam teknologi terbaik dan dengan produk yang menghasilkan kesan positif kepada masyarakat dalam jangka panjang. Smart Protection memenuhi tujuan ini dan kami percaya bahawa ia menjadi penanda aras bagi kategori ini.”
Tentang
Smart Protection
Knight Capital
Swanlaab Venture Factory,
CDTI
Nauta Capital
Telefónica Tech Ventures
Untuk mendapatkan sesi wawancara atau bahan-bahan
giovanna.marmo@smartprotection.com
+34 609 60 40 63
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Financing agreements Venture Capital Legal Services
Source: PRNEWSWIRE