
Perjanjian Perkongsian Global Cloud4C dan SNP Ink
![]() |
HEIDELBERG, Jerman dan SINGAPURA, 5 November 2020 /PRNewswire/ — Cloud4C Services Pte. Ltd, penyedia perkhidmatan terurus awan terkemuka di dunia yang berpusat di Singapura, telah menandatangani perjanjian Perkongsian Perak global dengan SNP Schneider-Neureither & Partner SE (SNP Group), peneraju global dalam transformasi data, untuk mempermudah transformasi digital data dan proses yang kompleks. Kerjasama ini akan menawarkan pakej menarik untuk penggunaan SAP® S/4HANA yang dipercepat dalam awan yang disatukan dengan penyelesaian perisian setempat serba lengkap untuk mengurangkan jumlah kos pemilikan (TCO) dan perbelanjaan modal (CAPEX) bagi perniagaan.
Perkongsian tersebut memberikan kelebihan berganda dalam AIOP Cloud4C dan kepakaran Perkhidmatan Terurus yang dipacu oleh DevOps dalam SAP S/4HANA bersama-sama dengan pendekatan SNP BLUEFIELD™ yang dikuasakan oleh perisian automasiCrystalBridge® . Dengan ini, perniagaan dapat melancarkan beberapa projek dan memindahkan data terpilih sekali gus, pada mana-mana persekitaran awan – awam, swasta atau hibrid. Cloud4C membawakan amalan terbaik global dalam penilaian kesediaan awan yang komprehensif, pematuhan keselamatan dan peraturan dan pengoptimuman kos. Tempoh minimum kontrak adalah sehingga penghujung tahun 2023.
Michael Eberhardt, Ketua Pegawai Operasi (COO) di SNP, berkata, “Pemodenan persekitaran SAP berasaskan awan adalah teras transformasi digital, yang membentuk asas kejayaan ekonomi di jalan pantas, kelangsungan dan kesinambungan perniagaan dan inovasi yang belum pernah terjadi sebelumnya. Peralihan ke platform berasaskan awan semakin menjadi pertimbangan penting untuk senario kritikal perniagaan dan teknologi seperti SAP S/4HANA, penggabungan, perolehan, pengukuhan dan kos infrastruktur. Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Cloud4C, meningkatkan kemampuan teras kami dalam transformasi landskap SAP ke satu tahap baharu di peringkat global. Dengan cadangan bersama kami, perniagaan boleh bergantung pada data terpilih dan kebolehan pengharmonian proses kami untuk meminimumkan jejak data awan mereka, dan menyampaikan nilai pelanggan melalui perisian berprestasi tinggi untuk kelajuan, ketepatan dan kecekapan projek yang maksimum dengan gangguan dan risiko yang minimum.”
Sridhar Pinnapureddy, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cloud4C, mengatakan, “Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan SNP sebagai rakan kongsi evolusi awan mereka yang menyediakan perkhidmatan yang dikendalikan oleh awan untuk kegunaan syarikat. Para pelanggan kami kini akan mempunyai alternatif yang layak untuk mengubah penyebaran SAP mereka yang paling kompleks menjadi persekitaran bersepadu generasi akan datang dengan kerangka kilang migrasi Cloud4C, perisian canggih SNP dan pengumpulan bakat global. Dengan kerjasama semua, kami boleh membantu pelanggan kami memulakan perjalanan transformasi awan melalui perkhidmatan Terurus Awan SAP, transformasi SAP S/4HANA, Perkhidmatan Pengurusan Aplikasi (AMS) dengan pengurangan TCO yang dikuasakan oleh AIOps, antara muka Tunggal untuk Pengurusan Platform.” Beliau menambah lagi, “Dengan penilaian nilai Awan kami termasuk analisis TCO, penilaian kepatuhan/peraturan dan keselamatan, perhatian khusus terhadap ketersediaan perkhidmatan utama, perniagaan akan dapat mencapai objektif perniagaan/teknologi mereka melalui model kos inovatif kami dan memperoleh Kawalan Awan Menyeluruh.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cloud4c.com dan www.snpgroup.com.
Sila hubungi
Ibu Pejabat Korporat SNP
Nicole Huber
E-mel: nicole.huber@snpgroup.com
Pemasaran SNP JAPAC
Priya Sharma
E-mel: priya.sharma@snpgroup.com
B.S. Rao
Naib Presiden dan Ketua Global (PR dan Komunikasi)
Perkhidmatan Cloud4C
E-mel: bsrao@cloud4c.com
Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/perjanjian-perkongsian-global-cloud4c-dan-snp-ink-1.jpg
Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/perjanjian-perkongsian-global-cloud4c-dan-snp-ink.jpg
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE