
Microsoft dan Open Data Institute umum Cabaran Data Terbuka Pendidikan untuk membantu merapatkan jurang digital
![]() |
LONDON dan REDMOND, Washington, 11 November 2020 /PRNewswire/ — Microsoft dan Open Data Institute (ODI) hari ini mengumumkan pelancaran Cabaran Data Terbuka Pendidikan untuk memperlihatkan perhubungan di antara akses jalur lebar dengan hasil daripada pendidikan K-12 (umur 5 hingga 18 tahun). Disebabkan berlakunya pandemik COVID-19 ini, Cabaran Data Terbuka Pendidikan akan membantu pendidik dan organisasi penyelidikan untuk lebih memahami potensi kesan jangka panjang gangguan berterusan kepada pembelajaran tradisional terhadap pelajar yang paling mudah terjejas di dunia.
Microsoft dan ODI menggalakkan pasukan-pasukan yang ingin menyertai cabaran ini supaya membantu menghasilkan penyelesaian yang inovatif untuk menutup jurang digital dalam pendidikan K-12 untuk pergi di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Pasukan yang menang akan dijemput untuk memilih organisasi bukan untung yang akan menerima hadiah sebanyak £50,000, manakala pemenang kedua dan ketiga memilih organisasi bukan untung untuk menerima hadiah sebanyak £30,000 dan £20,000. Cabaran ini adalah terbuka kepada pasukan dan individu yang berada di seluruh dunia.
“Oleh kerana pelajar di seluruh dunia semakin bergantung kepada teknologi dan ketersambungan untuk berjaya di sekolah, kita mesti mencari cara untuk membolehkan setiap pelajar, di mana sahaja, beroleh kejayaan. Menggabungkan set data dengan cara yang baharu dapat membantu mencari penyelesaian untuk memperluaskan akses yang sama rata dan teguh kepada jalur lebar,” kata Jennifer Yokoyama, Naib Presiden Microsoft dan Ketua Penasihat IP. “Kami gembira dapat menyertai pelancaran Cabaran Data Terbuka Pendidikan ini untuk membantu merapatkan jurang digital dan menyamaratakan peluang bagi pelajar di seluruh dunia.”
Para peserta akan mendapat akses kepada peralatan dan sumber daripada Microsoft, ODI dan BroadbandNow, serta data yang disediakan untuk pertama kalinya sebagai sebahagian daripada cabaran ini:
- Peserta akan mendapat akses penggunaan data daripada versi jalur lebar Microsoft A.S. yang lebih granular pada kali ini dengan kerahsiaan pembezaan yang diguna pakai. Microsoft akan menyediakan dokumentasi yang menunjukkan kesan penggunaan kerahsiaan pembezaan terhadap data.
- ODI akan menyediakan akses kepada beberapa modul eLearning tentang Data Terbuka Penting, Mencari Cerita dalam Data, Panduan untuk pengguna data tentang pelesenan data dan Cara untuk awanama kumpulan data kepada para peserta yang ingin menyumbangkan data mereka sendiri serta bimbingan. Peserta juga bebas untuk mengakses sumber latihan dan modul latihan MS Learn.
- Melalui BroadbandNow, peserta akan dapat mengakses data penyedia terestrial jalur lebar A.S.
Penggunaan teknologi pemeliharaan kerahsiaan akan lebih meluas kerana organisasi-organisasi berusaha untuk bekerjasama di seluruh spektrum data. Set data yang akan disediakan secara terbuka dalam cabaran tersebut akan membantu para peserta menilai dan memahami kesan teknologi seperti kerahsiaan pembezaan terhadap pemahaman mendalam dan analisis data.
“Organisasi seperti Microsoft dan BroadbandNow memiliki banyak data menarik yang dapat digunakan untuk memberikan pemahaman yang mendalam dan bantuan kepada pembuat keputusan di sektor pendidikan dan seterusnya, terutamanya ketika mereka menghadapi kesukaran yang belum pernah terjadi sebelum ini. Cabaran ini akan merangsang penerokaan penggunaan inovatif untuk data ini, di luar batasan organisasi yang memilikinya,” kata Jeni Tennison, Naib Presiden & Ketua Penasihat Strategi ODI. “ODI di sini adalah untuk membantu organisasi-organisasi yang ingin memastikan data yang mereka miliki memberikan nilai yang paling besar kepada sektor, komuniti dan masyarakat tempat kerja mereka.”
Pandemik COVID-19 telah mengganggu pembelajaran kepada lebih 1.6 bilion kanak-kanak dan belia di seluruh dunia disebabkan kerajaan seluruh dunia telah menutup institusi pendidikan untuk menghentikan penyebaran virus. Sekolah-sekolah dan guru-guru telah bertindak balas dengan melaksanakan usaha yang belum pernah dilakukan sebelum ini untuk mencapai pelajar secara jarak jauh melalui peralatan dan platform pembelajaran jarak jauh.
Oleh sebab jurang digital telah diperluaskan oleh peralihan global secara mendadak kepada pembelajaran jarak jauh, memahami bagaimana dan di mana jurang digital memberi kesan kepada komuniti akan menjadi kritikal untuk mengurus penyampaian jangka pendek dalam pendidikan dan memastikan pemulihan ekonomi yang lestari dan adil.
“Kami sangat gembira dapat turut serta dalam penyediaan data untuk Cabaran Data Terbuka dan mengharapkan penemuan yang akan dibuat oleh para peserta,” kata John Busby, Pengarah Urusan BroadbandNow. “Akses kepada internet jalur lebar dengan harga berpatutan sangat penting kepada pendidikan dan ekuiti digital.”
Pasukan yang mengambil bahagian akan diminta untuk mengenal pasti jurang dalam infrastruktur digital yang mempengaruhi penyampaian perkhidmatan pendidikan atas talian, menentukan kemungkinan kesan kepada hasil pembelajaran dan mencadangkan penyelesaian yang inovatif dan realistik untuk menangani jurang ini melalui kaedah yang cekap dari segi kos. Cabaran ini mencari jawapan kepada beberapa persoalan termasuk:
- Bagaimana para pelajar mengakses pembelajaran jarak jauh, terutamanya mereka yang mungkin tidak mempunyai akses yang mudah kepada infrastruktur digital (e.g., teknologi dan sambungan internet)?
- Apakah tahap akses digital kepada pembelajaran yang dimiliki oleh pelajar daripada kumpulan yang kurang bernasib baik, berbanding kumpulan yang lebih bernasib baik?
- Apakah perhubungan di antara tahap kemahiran digital dengan hasil pembelajaran untuk demografi yang berbeza?
Para peserta akan mempunyai masa selama empat bulan untuk menyelesaikan cabaran tersebut bermula dari tarikh pelancaran. Individu dan pasukan yang berminat untuk menyertai cabaran ini dapat mengetahui lebih lanjut dan boleh mendaftar di sini. Setelah mendaftar, para individu akan dijemput untuk menghadiri aktiviti khusus untuk pratonton data, mengetahui lebih lanjut mengenainya daripada rakan kongsi yang terlibat, dan bersiap sedia tentang cara terbaik menggunakannya sebelum siaran awam pada 10 Disember 2020.
Tentang Microsoft
Microsoft (Nasdaq “MSFT” @microsoft) membolehkan transformasi digital kepada era awan pintar dan kelebihan pintar terkini. Misinya adalah untuk membolehkan setiap orang dan organisasi di planet ini mencapai lebih banyak kejayaan.
Tentang Open Data Institute
ODI telah ditubuhkan bersama pada tahun 2012 oleh pencipta laman web Sir Tim Berners-Lee dan pakar kecerdasan buatan Sir Nigel Shadbolt untuk menunjukkan nilai data dan menggalakkan penggunaan data yang inovatif untuk memberi perubahan yang positif di seluruh dunia. Kami ialah sebuah syarikat yang bebas, bukan untung dan tidak menyokong mana-mana pihak yang beribu pejabat di London, dengan jangkauan antarabangsa. Kami bekerjasama dengan syarikat dan juga kerajaan untuk membina ekosistem data yang terbuka dan boleh dipercayai, yang membolehkan orang ramai dapat membuat keputusan yang lebih baik dengan menggunakan data dan mengurus apa-apa kesan yang memudaratkan.
Source: PRNEWSWIRE