Huawei Melancarkan Penyelesaian Ketersambungan Cerdas Semua Senario

140

BEIJING, 17 Okt. 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, Suruhanjaya Jalur Lebar UN dan Huawei mengadakan Forum Jalur Lebar Ultra keenam  (UBBF 2020) secara dalam talian di Beijing. Dengan tema “Intelligent Connectivity, New Value Together” (Ketersambungan Cerdas, Nilai Baharu Bersama-sama), UBBF tahun ini membincangkan cabaran dan peluang yang dihadapi oleh industri ketersambungan dalam era cerdas.

Di acara tersebut, David Wang, Pengarah Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Kajian Pelaburan Huawei, menyampaikan ucaptama bertajuk “Membangunkan ketersambungan cerdas untuk dunia yang cerdas”. Mr. Wang turut melancarkan penyelesaian ketersambungan cerdas semua senario Huawei untuk senario kediaman dan perusahaan. Melalui senario ini, jalur lebar kediaman akan memasuki era ekonomi pengalaman dan transformasi digital industri akan dipercepatkan.

Pengarah Eksekutif Huawei David Wang melancarkan penyelesaian ketersambungan cerdas semua senario
Pengarah Eksekutif Huawei David Wang melancarkan penyelesaian ketersambungan cerdas semua senario

Industri ketersambungan menyaksikan lima perubahan menarik

Setiap naik taraf ketersambungan pada asasnya telah mengubah masyarakat. Sekarang, ketika kita menuju ke era cerdas, individu, kediaman dan perusahaan meletakkan keperluan yang lebih tinggi terhadap ketersambungan berbanding sebelum ini, dan teknologi baharu, seperti awan dan AI, disepadukan dengan cepat dengan ketersambungan. Ini menyebabkan industri ketersambungan mengalami lima perubahan menarik:

Perubahan 1: Daripada IoT dan IoT cerdas kepada Kembar Cerdas (Intelligent Twins) bersambung Sebelum ini, kami menyasarkan untuk menghubungkan semua orang dan kediaman. Ini adalah Internet segalanya. Semasa kita menjalani kehidupan AI yang lancar dan naik taraf cerdas perusahaan, kita mesti menghubungkan lebih banyak benda-benda dengan kecerdasan. Ini adalah Internet cerdas bagi segalanya. Menurut ramalan pihak ketiga, bilangan sambungan di seluruh dunia akan mencapai satu trilion menjelang 2035, menjadikan sambungan di mana-mana dan kecerdasan merata satu realiti.

Perubahan 2: Dari pejabat ke pejabat + pengeluaran. COVID-19 telah mentransformasikan keperluan orang ramai untuk jalur lebar kediaman. Dalam senario perusahaan, ketersambungan telah melangkaui perkhidmatan kepada pejabat untuk merangkumi perkhidmatan kepada pejabat dan juga pengeluaran. Fokus pendigitalan perusahaan telah beralih daripada pejabat digital kepada pengeluaran, transaksi dan operasi digital.

Perubahan 3: Daripada usaha terbaik kepada perkhidmatan berketentuan terbeza. Industri berbeza-beza dari segi senario perkhidmatan dan keperluan ketersambungan. Sekiranya perkhidmatan yang dibezakan adalah lalai, maka pengalaman berketentuan adalah satu kemestian. Oleh itu, operator hanya boleh membuka pintu kepada pasaran vertikal dengan menyediakan perkhidmatan yang dibezakan dan berketentuan.

Perubahan 4: Daripada Mbps kepada Gbps melalui apa-apa medium. Terdapat pelbagai teknologi akses, termasuk teknologi selular, Wi-Fi dan gentian optik, dan kepelbagaian senario perkhidmatan bermakna teknologi berbilang akses akan wujud bersama selama bertahun-tahun akan datang. Melalui usaha bersepadu di seluruh industri, teknologi 4G, 5G, Wi-Fi dan gentian kini boleh menyampaikan ketersambungan gigabit di mana-mana.

Perubahan 5: Daripada O&M manual kepada hiper-automasi. 5G akan menjadikan O&M rangkaian lebih rumit berbanding 4G. O&M manual tidak akan memadai untuk menangani kerumitan ini, dan memberi jalan kepada hiper-automasi yang dikuasakan oleh data raya dan AI untuk mempermudahkan pembuatan keputusan O&M.

Bergerak ke arah ketersambungan pintar dengan AI

Lima perubahan ini meletakkan keperluan baharu terhadap ketersambungan. Untuk memenuhi keperluan ini dan merealisasikan produktiviti yang lebih tinggi, ketersambungan mesti dinaik taraf ke tahap seterusnya.

Syarat pertama adalah gigabit di mana-mana, kerana jalur lebar ialah asas ketersambungan. Ketersambungan gigabit di mana-mana diperlukan untuk video ultra-HD, aplikasi VR/AR industri, kamera AI dan dron.

Keperluan kedua ialah pengalaman berketentuan, yang penting untuk senario kediaman seperti ‘telecommuting’ dan pembelajaran dalam talian, dan juga senario perusahaan seperti pengeluaran yang selamat dan boleh dipercayai.

Keperluan ketiga ialah hiper-automasi. Ketika rangkaian semakin meningkat dari segi kerumitan dan skala, data raya dan AI mesti digunakan untuk mencapai hiper-automasi.

Dalam era cerdas, ketersambungan cerdas akan mengambil tiga ciri utama; Gigabit di mana-mana, pengalaman berketentuan dan hiper-automasi.

Penyelesaian ketersambungan cerdas semua senario Huawei

Semasa acara tersebut, Mr. Wang melancarkan penyelesaian ketersambungan pintar semua senario Huawei, termasuk penyelesaian akses teragih cerdas untuk kediaman, dan juga rangkaian kampus cerdas, talian peribadi premium cerdas dan penyelesaian rangkaian awan cerdas untuk perusahaan.

  • Akses teragih cerdas: Penyelesaian ini telah menaik taraf peranti kediaman, hujung setempat dan pengurusan rangkaian secara menyeluruh. Dengan liputan Wi-Fi gigabit di seluruh bilik, pengalaman perkhidmatan berkualiti tinggi, dan pengecaman tepat pengguna, akses teragih pintar akan membolehkan pengendali memperoleh lebih banyak manfaat daripada pengalaman rangkaian berbanding daripada asas pengguna.
  • Rangkaian kampus cerdas: Dengan pengurusan LAN & WAN terpusat, akses Gbps, dan rangkaian O&M cerdas berasaskan AI, rangkaian kampus cerdas membolehkan pengendali menyediakan penyelesaian rangkaian sehenti untuk perusahaan semasa mereka berpindah ke awan.
  • Talian peribadi premium cerdas: Penyelesaian ini sangat mengurangkan kependaman yang disebabkan oleh teknologi pertukaran semua optik, membolehkan pengendali menawarkan pengguna perusahaan atasan kependaman ultra-rendah 1ms dan pengalaman mutakhir. Dibangunkan berdasarkan teknologi OTN Cecair, paip keras fleksibel menyokong akses jalur lebar fleksibel daripada 2 Mbps hingga 100 Gbps, dan pelarasan perkhidmatan tanpa hilang. Di samping itu, talian peribadi premium cerdas menghubungkan pelanggan perusahaan ke rangkaian peribadi tahap panjang gelombang melalui sumber panjang gelombang atau sub panjang gelombang eksklusif.
  • Rangkaian awan cerdas: Penyelesaian ini bertujuan mewujudkan sinergi antara awan dan rangkaian dalam era awan. Berdasarkan rangkaian IP cerdas, rangkaian awan cerdas akan membangunkan rangkaian peribadi awan berkualiti tinggi, membolehkan perusahaan mengakses berbilang awan.

“Sepanjang 30 tahun lalu, Huawei telah bekerjasama dengan pekerja dan rakan niaga untuk mewujudkan kehidupan AI yang lancar untuk semua kediaman dan memacu naik taraf cerdas semua industri. Matlamat akhir kami adalah untuk mengembangkan ekonomi digital dan memperbaiki kehidupan orang ramai,” ujar Mr. Wang.

“Melalui pelaburan berterusan dalam inovasi 5G, Rangkaian Optik dan  IPv6 Enhanced, hari ini kami melancarkan penyelesaian ketersambungan cerdas semua senario kami. Penyelesaian ini akan menjadikan rangkaian ultra-jalur lebar lebih hijau dan lebih cekap, dan mewujudkan dunia yang lebih cerdas. Melangkah ke hadapan, kami akan melipatgandakan usaha kami dalam penyelidikan asas, melabur lebih banyak dalam teknologi rangkaian generasi akan datang, dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk membentuk dunia yang lebih rendah karbon, cekap dan cerdas.”

UBBF ialah acara utama global bagi industri ICT. Pada acara tahun ini, tetamu daripada China Mobile, FTTH Council Europe, TechUK, Ernst & Young Advisory Limited, IPv6 Forum, SAMENA Telecommunications Council dan Omdia menyampaikan ucapan.

Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news

Source: PRNEWSWIRE