Metegrity Melantik Suresh Bheema sebagai Naib Presiden Kanan – Rantau Asia Pasifik

105

SINGAPURA, 18 September, 2020 /PRNewswire/ — Metegrity, sebuah penyedia penyelesaian perisian kualiti dan pengurusan integriti aset (AIM) yang dipercayai secara global, dengan bangganya mengumumkan pelantikan Suresh Bheema sebagai Timbalan Presiden Kanan untuk Wilayah Asia Pasifik, yang bertempat di ibu pejabat Rantau Asia Pasifik yang baru ditubuhkan di Singapura.

Sebelum ini, Naib Presiden Kanan ABS Group Inc. untuk Rantau Asia Pasifik, Suresh Bheema mempunyai Ijazah dalam Pengurusan Kejuruteraan dan M.B.A dalam Perniagaan Antarabangsa dari Sekolah Perniagaan Nanyang dan juga menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Sekolah Perniagaan Wharton, University of Pennsylvania dan mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam memberikan perkhidmatan teknikal dalam aspek keselamatan, kualiti, integriti dan kebolehpercayaan kepada Industri Minyak & Gas, Laut & Luar Pesisir, Tenaga, Penapisan & Petrokimia di seluruh Rantau Asia Pasifik.

Bertempat di Singapura, Suresh Bheema menghabiskan lebih daripada 25 tahun dalam ABS Group dengan memegang pelbagai peranan bagi tanggungjawab yang semakin meningkat dan memacu Rantau Asia Pasifik dan telah membina hubungan yang boleh dipercayai dengan pelanggan dan pemegang saham serta mengembangkan perniagaan di rantau tersebut dengan berjaya selama beberapa tahun.

Martin Fingerhut, COO bagi Metegrity berkata, “Kami melihat bahawa Rantau Asia Pasifik mempunyai potensi pertumbuhan yang tertinggi untuk Penyelesaian Pengurusan Integriti Aset serta Suresh Bheema dengan pemahaman mendalamnya tentang perniagaan di Rantau Asia Pasifik akan mendorong pertumbuhan produk dan perkhidmatan Metegrity di rantau tersebut.”

“Saya berasa teruja untuk menyertai Metegrity, yang mempunyai beberapa Penyelesaian Perisian Pengurusan Integriti Aset yang unik yang boleh membantu pelanggan untuk menguruskan Integriti Aset mereka, menentukan kos dengan efisien dan dengan itu meningkatkan masa operasi, keselamatan dan mencapai kepatuhan kawal selia serta akhirnya meningkatkan pulangan ke atas pelaburan mereka.

“Terdapat permintaan terpendam untuk Penyelesaian Pengurusan Integriti Aset di rantau Asia Pasifik dan hampir dengan pasaran yang boleh memberikan banyak manfaat kepada pelanggan.”

Tentang Metegrity
Metegrity ialah penyedia terkemuka di pasaran bagi penyelesaian perisian kualiti & pengurusan integriti aset yang komprehensif. Dipuji kerana kelajuan pengaturan kedudukan yang tiada bandingan, produk kami juga sangat boleh dikonfigurasikan – yang membolehkan pakar kami menyesuaikannya secara strategik dengan amalan perniagaan anda. Dengan lebih daripada 25 tahun dalam industri, kami dengan bangganya memberikan perkhidmatan kepada organisasi global yang tertinggi dalam Industri Minyak & Gas, Talian Paip & Kimia. Bagi maklumat lanjut, layari www.metegrity.com

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/metegrity-melantik-suresh-bheema-sebagai-naib-presiden-kanan-rantau-asia-pasifik-1.jpg 
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/metegrity-melantik-suresh-bheema-sebagai-naib-presiden-kanan-rantau-asia-pasifik.jpg

Source: Metegrity Inc.

Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Oil/Energy Utilities Personnel announcements

Source: PRNEWSWIRE