INX Melepasi Minimum Wajib $7.5 Juta – Kini Menerima BTC, ETH, USDC

81

Lebih 3,000 orang pelabur runcit dan bertauliah mendaftar untuk tawaran token INX   pada 3 hari pertama

NEW YORK, 13 September 2020 /PRNewswire/ — INX Limited hari ini mengumumkan telah mengumpulkan lebih dari USD 7.5 juta dalam saham terbitan awamnya, melebihi syarat minimum untuk penawaran tersebut. Syarikat juga mula menerima pembayaran dalam Bitcoin (BTC), Ether (ETH) dan USD Coin (USDC) pada pukul 10 pagi EDT hari Isnin, 14 September  2020.

INX telah melancarkan token keselamatan IPO yang berdaftar dengan SEC buat pertama kali yang bertujuan untuk mengumpulkan $117 juta daripada pelabur runcit dan institusi. INX berhasrat untuk menggunakan hasil bersih yang dijana daripada penjualan Token INX untuk pelancaran platform dagangan terkawal untuk aset digital  termasuk mata wang kripto, token keselamatan dan derivatifnya, untuk penubuhan dana simpanan tunai serta pembangunan dan operasi berterusan INX Trading Solutions.

INX telah menetapkan harga penawaran pada $0.90 satu Token dengan pelaburan minimum sebanyak $1,000. Kadar tukaran BTC/USD, ETH/USD dan USDC/USD akan ditentukan dengan kaedah yang dinyatakan dalam prospektus terakhir.  Maklumat lebih lanjut boleh didapati di prospektus terakhir dan di https://token.inx.co/.

Penyata pendaftaran yang berkaitan dengan penawaran sekuriti ini telah diumumkan oleh SEC yang berkuat kuasa pada 20 Ogos 2020. Salinan penyata pendaftaran boleh diakses dengan melayari laman web SEC di www.sec.gov. Penawaran tersebut dibuat hanya melalui prospektus. Prospektus terakhir yang menjelaskan syarat-syarat penawaran telah difailkan kepada SEC dan membentuk sebahagian daripada penyata pendaftaran yang berkuat kuasa. Salinan prospektus terakhir yang berkaitan dengan penawaran boleh diperolehi, sekiranya ada, dengan mengunjungi laman web SEC atau laman web berikut (klik di sini) atau dengan menghantar e-mel kepada INX di investors@inx.co.

Siaran akhbar ini tidak boleh dianggap sebagai satu tawaran untuk menjual, atau permintaan untuk membeli sekuriti ini, juga tidak ada sebarang jualan sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau jualan adalah menyalahi undang-undang sebelum ia didaftarkan atau diluluskan di bawah undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau bidang kuasa yang tersebut.

Penawaran tersebut boleh didapati di California*, Colorado, Connecticut, Georgia, Hawaii, Illinois, Louisiana, Michigan, Minnesota, New York, Texas*, Washington*, Wisconsin dan Wyoming.

 * Tertakluk pada standard kesesuaian seperti yang dijelaskan dalam bahagian “Standard Kesesuaian” pada prospektus terakhir.

Tentang INX:

INX bertujuan untuk menyediakan platform dagangan terkawal untuk sekuriti digital dan mata wang kripto yang menggabungkan kepakaran pasaran tradisional dan pendekatan teknologi kewangan terkini. INX dipimpin oleh pasukan pakar perniagaan, kewangan dan teknologi blok rantai yang berpengalaman yang disatukan oleh visi untuk mentakrifkan semula dunia pasaran modal melalui teknologi blok rantai dan kaedah kawal selia terkini.

Pernyataan Berpandangan ke Hadapan

Sebahagian daripada pernyataan dalam siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan menurut Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta tahun 1995. Dalam sesetengah kes, anda boleh mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan dengan istilah seperti “boleh,” “akan,” “seharusnya,” “mengharapkan,” “merancang,” “unjuran,” “mengagak,” “percaya,” “anggaran,” “meramalkan,” “berpotensi,” “berhasrat,” atau “meneruskan”, atau istilah negatifnya atau lain-lain yang setanding. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini mungkin merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan yang berkaitan dengan objektif, rancangan dan strategi kami; pernyataan yang mengandungi unjuran hasil operasi atau situasi kewangan; pernyataan yang berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan penggunaan produk kami; dan semua pernyataan (selain pernyataan fakta sejarah) yang menangani aktiviti, peristiwa atau pembangunan yang kami maksudkan, harapkan, unjurkan, percayai atau jangkakan akan atau mungkin berlaku pada masa akan datang. Pernyataan berpandangan ke hadapan bukanlah jaminan prestasi masa depan dan adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian. Kami membuat pernyataan berpandangan ke hadapan ini berdasarkan pada andaian dan penilaian yang dibuat oleh pihak pengurusan kami mengikut pengalaman dan persepsi mereka terhadap trend masa lalu, keadaan semasa, jangkaan perkembangan masa depan dan faktor-faktor lain yang mereka anggap sesuai. Pernyataan ini hanya ramalan semasa dan tertakluk kepada risiko, yang diketahui dan tidak diketahui, juga faktor lain yang memberi hasil sebenar, yang menyebabkan tahap aktiviti, prestasi atau pencapaian kami atau industri kami berbeza secara material daripada yang dijangkakan oleh pernyataan berpandangan ke hadapan tersebut. Kami membincangkan banyak risiko ini dengan lebih terperinci dalam prospektus awal yang menjadi sebahagian daripada penyata pendaftaran yang berkuatkuasa yang diajukan kepada SEC, termasuk di bawah tajuk “Faktor Risiko” dan “Amaran Tentang Pernyataan Berpandangan Hadapan.” Anda tidak boleh bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan sebagai ramalan peristiwa masa depan. Walaupun kami percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah wajar pada tarikh ia dikeluarkan, kami tidak dapat menjamin hasil, tahap aktiviti, prestasi atau pencapaian masa depan. Kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada sebagai hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/inx-melepasi-minimum-wajib-7-5-juta-kini-menerima-btc-eth-usdc.jpg

Hubungan Media:

Alona Stein
ReBlonde untuk INX   
alona@reblonde.com

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Offerings Blockchain Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE