ETS Mewujudkan ETS Strategic Capital untuk Memanfaatkan Peluang Pertumbuhan Baharu dalam Pendidikan

83

Unit ETS baharu akan meneruskan pelaburan ekuiti strategik, perkongsian pertumbuhan dan penggabungan serta pengambilalihan

PRINCETON, New Jersey, 17 September 2020 /PRNewswire/ — ETS, organisasi penilaian dan pengukuran pendidikan bukan berasaskan keuntungan terbesar di dunia, hari ini mengumumkan penciptaan ETS Strategic Capital, sebuah unit baharu yang akan memberi tumpuan untuk mengembangkan perniagaan dan memajukan misinya melalui pelaburan ekuiti strategik, perkongsian pertumbuhan serta penggabungan dan pengambilalihan.

ETS Strategic Capital akan meluaskan, mengembangkan dan mempelbagaikan penawaran ETS dalam penilaian, pembelajaran dan pembangunan untuk K-12, pendidikan tinggi dan syarikat. Dengan mandat ini, ETS Strategic Capital secara aktif mencari transaksi untuk mewujudkan portfolio global syarikat pendidikan inovatif yang akan mempunyai kesan kewangan dan strategik yang positif.  

“Kami telah mencapai titik penting dalam evolusi pendidikan yang sedang berlangsung – terdapat perubahan dasar tentang bagaimana perkhidmatan pendidikan disampaikan, bagaimana alat dan penilaian disusun dan bagaimana pelajar, sekolah dan syarikat akan terlibat dan terhubung,” kata Ralph Taylor-Smith, Pengarah Urusan ETS Strategic Capital. “Dengan pembiayaan, kepakaran dan pengalaman kami dalam bidang pendidikan, ETS Strategic Capital berada pada kedudukan yang baik untuk membantu syarikat-syarikat pendidikan baharu yang menangani jurang ini untuk berkembang dan meningkatkan impak mereka, sambil memanfaatkan peluang-peluang baharu. ETS menawarkan keupayaan nilai tambah dalam penilaian, penyelidikan dan pembangunan, pengedaran global serta teknologi inovatif ke dalam portfolio dan syarikat-syarikat rakan kongsi kami.”

ETS Strategic Capital kini mempunyai portfolio lima syarikat yang menawarkan teknologi, model perniagaan baharu dan liputan geografi dan yang melengkapi serta membangunkan bidang perniagaan ETS semasa:

  • ApplyBoard: Dengan bimbingan ETS Strategic Capital, ETS membuat pelaburan ekuiti di ApplyBoard Inc. yang berpangkalan di Kanada, platform terbesar untuk pengambilan pelajar antarabangsa. Sebagai sebahagian daripada pelaburan ini, unit perniagaan TOEFL® ApplyBoard dan ETS, yang menyediakan ujian berbahasa Inggeris utama dunia untuk pengajian universiti, pekerjaan dan imigresen, juga membangunkan perkongsian pertumbuhan strategik. https://www.applyboard.com/
  • Pipplet: Sebuah syarikat permulaan yang mengkhususkan diri dalam penilaian bahasa untuk perniagaan, Pipplet yang berpusat di Paris membantu syarikat menilai kefasihan bahasa calon pekerjaan berdasarkan kemampuan praktikal dan dunia nyata mereka untuk berinteraksi dalam konteks profesional. Anak syarikat ETS, ETS Global B.V., mengambil alih Pipplet S.A.S., dipandu oleh ETS Strategic Capital. https://www.pipplet.com/en-gb/home
  • Capti (oleh Charmtech Labs LLC): Melalui penggunaan pembelajaran mesin, kecerdasan buatan dan pemprosesan bahasa semula jadi, Capti yang berpusat di Buffalo, N.Y. yang telah ditubuhkan oleh Charmtech Labs LLC, memberikan sokongan literasi dan pembelajaran yang diperibadikan kepada pelajar K-12. Capti – digelar “AAA” untuk para guru – membantu guru untuk menampung, menilai dan mempercepatkan kemahiran membaca untuk semua pelajar mereka. ETS Strategic Capital telah mengatur pelaburan utama dari ETS di Capti dan menjalin kerjasama perniagaan strategik dengan ETS Research & Development (R&D) dan New Product Development (NPD). Capti melesenkan harta intelektual ReadReady™ ETS dalam diagnostik membaca yang dipacu oleh internet dan akan bekerjasama rapat dengan pasukan R&D dan NPD ETS bagi memperluaskan peluang untuk memberi kesan positif terhadap kejayaan membaca pelajar K12 di seluruh Amerika Syarikat. https://www.captivoice.com/capti-site//
  • EdAgree: Memberi tumpuan kepada pengalaman pelajar antarabangsa, EdAgree, Inc. merupakan sebuah syarikat baharu yang terkeluar daripada ETS yang akan memadankan pelajar-pelajar antarabangsa dengan universiti dan menyokong para pelajar tersebut di sepanjang perjalanan pendidikan mereka. EdAgree merancang untuk mengesahkan maklumat profil pelajar, menjadikannya satu pakej untuk proses yang diperkemas oleh jabatan kemasukan dan bekerjasama dengan pihak universiti untuk mengenal pasti dan memberikan sokongan yang akan mengoptimumkan hasil pembelajaran. EdAgree juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi universiti tentang usaha penyelidikan untuk mengoptimumkan kejayaan pelajar. ETS Strategic Capital telah mengatur suntikan pembiayaan permulaan sebanyak $1 juta dari ETS untuk menginkubasi syarikat pemula baharu dan memudahkan pemisahan daripada ETS. https://edagree.com/ 
  • Gradschoolmatch: Gradschoolmatch.com adalah platform perisian yang dipacu oleh internet interaktif yang membantu calon pelajar siswazah untuk dipadankan dengan program akademik siswazah yang berpotensi. Algoritma padanan, mesin pencari dan pendekatan perniagaan dimodelkan setelah kejayaan perniagaan berasaskan web “temu janji peribadi”; pelajar boleh menghantar biografi, minat penyelidikan, rancangan kerjaya dan profil akademik; mereka juga boleh “menanda” profil program siswazah untuk “memberi isyarat minat mereka” untuk mengetahui lebih lanjut atau menghantar “mesej peribadi” kepada perekrut sekolah siswazah. Calon pelajar siswazah dan institusi siswazah boleh melanggan, yang membolehkan mereka mencari berdasarkan lokasi atau minat akademik, menjejaki prospek dan membuat hubungan dengan satu klik sambungan mudah untuk dipadankan. ETS Strategic Capital telah mengatur pembelian platform Gradschoolmatch.com dan ia akan dimasukkan ke dalam penawaran ETS ke pasaran sekolah siswazah. https://www.gradschoolmatch.com/

ETS Strategic Capital akan berfungsi sebagai pelaburan ekuiti swasta dan cabang pelaksanaan M&A untuk ETS, anak syarikat serta dan rakan kongsinya. Ia akan mendapatkan transaksi dari pasaran domestik Amerika Syarikat dan antarabangsa. Ia akan bekerjasama dengan ekosistem EdTech yang lebih luas, untuk mengenal pasti dan melaksanakan perjanjian, menyelaras dengan unit perniagaan ETS lain untuk mengenal pasti peluang dan keperluan, jaringan dengan firma perkhidmatan profesional dengan kepakaran pendidikan dan membina hubungan langsung dengan perniagaan di peringkat antarabangsa — terutamanya di rantau Asia Pasifik, Asia Tenggara, Amerika Latin dan Timur Tengah & Afrika (MENA).   

Lebih khusus lagi, ETS Strategic Capital akan mensasarkan pelaburan ekuiti swasta yang biasanya berada di Siri B, C atau lebih baharu, di mana syarikat telah mempunyai produk yang telah terbukti dan/atau pasaran yang sesuai, pelanggan awal dan model perniagaan yang telah dibangunkan dan sedang mencari pertumbuhan baharu modal seterusnya untuk mengembangkan perniagaan; dalam situasi tertentu, pelaburan peringkat awal mungkin dilakukan. Pengambilalihan akan memberi fokus kepada tawaran skala pasaran pertengahan, walaupun pengambilalihan yang lebih kecil atau lebih besar juga boleh dilakukan dalam keadaan tertentu. ETS Strategic Capital mentakrifkan perkongsian pertumbuhan secara meluas dan mereka mungkin melibatkan usaha sama (JV), rakan niaga atau perjanjian pengedaran, pelesenan Harta Intelek (IP) dan hubungan pemindahan teknologi, bersama dengan perkongsian perniagaan nilai tambah yang serupa. 

Ralph Taylor-Smith, yang kini merupakan Naib Presiden Pembangunan Korporat di ETS, akan menjadi Pengarah Urusan dalam unit baharu, membawa bersama-sama banyak pengalaman dalam pelaburan ekuiti swasta, M&A dan perkongsian pertumbuhan dan usaha sama. ETS Strategic Capital mempunyai pasukan di kedua-dua belah pantai yang berkembang yang berpusat di pejabat di Princeton, N.J., Washington, D.C. dan Lembah Silikon, Calif.https://www.ets.capital/team/

Tentang ETS

Di ETS, kami meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang di seluruh dunia dengan membuat penilaian berdasarkan kajian yang teliti. ETS memberikan perkhidmatan kepada individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian khusus untuk pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris dan pendidikan sekolah rendah, menengah dan tinggi dan dengan melakukan penyelidikan pendidikan, analisis dan kajian dasar. Ditubuhkan sebagai syarikat bukan berasaskan keuntungan pada tahun 1947, ETS membangun, mentadbir dan memberikan skor kepada lebih daripada 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series® — di lebih daripada 180 buah negara dan di lebih daripada 9,000 lokasi di seluruh dunia. www.ets.org.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/ets-mewujudkan-ets-strategic-capital-untuk-memanfaatkan-peluang-pertumbuhan-baharu-dalam-pendidikan.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Education New products/services Not for profit Venture Capital

Source: PRNEWSWIRE