
Tata Projects selesaikan projek rangkaian transmisi Surathani-Phuket di Thailand
![]() |
MUMBAI, India, 17 Ogos 2020 /PRNewswire/ — TATA Projects Limited, salah satu syarikat infrastruktur yang paling pantas berkembang dan dikagumi di India, dan rakan konsortiumnya telah melengkapkan 110-km daripada projek rangkaian transmisi 200km Surathani-Phuket di Thailand. Rangkaian transmisi 500kV ini merupakan satu pencapaian kerana ia melalui hutan tebal dan kawasan pergunungan.
Projek ini akan membawa elektrik tambahan ke Phuket dan oleh yang demikian dapat meningkatkan kehidupan warganya. Daripada sepanjang 110km konsortium yang dipimpin oleh Tata Projects, kira-kira 80 km dilaksanakan oleh Tata Projects dan selebihnya oleh rakan kongsinya. Syarikat menggunakan teknologi dron untuk merangkai rangkaian transmisi, yang mengurangkan jangka waktu dan mengelakkan kerja manual.
Bercakap mengenai projek itu, Vivek Gautam, Ketua Pegawai Operasi – Tata Projects Ltd, berkata, “Kami bangga menyiapkan projek saluran transmisi penting ini yang merupakan testimoni sebenar mengenai kepakaran hebat dan pengalaman kami yang luas. Dengan kejayaan menyiapkan projek rangkaian transmisi kedua kami di Thailand, kami sekali lagi membuktikan kemampuan pelaksanaan kami bukan hanya di India tetapi juga di seluruh dunia. Menuju ke depan, kami akan terus menyerahkan projek tepat pada waktunya, menggunakan teknik pengurusan projek bertaraf dunia dan piawaian keselamatan tanpa kompromi.”
Semua asas menara disiapkan dengan menggunakan konkrit campuran siap yang merupakan simbol kualiti konkrit 100 peratus. Selain itu, Tata Projects juga menyediakan jalan masuk untuk trak konkrit campuran siap.
Aspek yang unik projek ini ialah ia merupakan rangkaian Transmisi 500 KV pertama yang melewati wilayah Phang-nga. Phang-nga ialah sebuah wilayah di Thailand Selatan, yang bersempadan dengan Laut Andaman di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu.
Sebelum projek rangkaian transmisi Surathani – Phuket ini, konsortium yang diketuai oleh Tata Projects telah berjaya melaksanakan projek sepanjang 80 km bagi Rangkaian Transmisi 500kV Roi Et 2 – Chaiyaphum 2 pada bulan Ogos 2019. Ia merupakan projek saluran transmisi pertama yang berjaya dilaksanakan di Thailand.
Latar Belakang TATA Projects Limited
TATA Projects ialah salah satu syarikat infrastruktur yang berkembang pesat dan paling dikagumi di India. Ia memiliki kepakaran dalam melaksanakan projek infrastruktur bandar dan industri yang besar dan kompleks. TATA Projects beroperasi melalui empat Kumpulan Perniagaan Strategik (SBG) iaitu Sistem Perindustrian SBG, Core Infra SBG, Urban Infra SBG, dan Services SBG.
Syarikat ini menyediakan penyelesaian sedia guna hujung ke hujung untuk mendirikan loji janakuasa, sistem transmisi & pengagihan kuasa, sistem rel & metro bersepadu sepenuhnya, bangunan komersial & lapangan terbang, kilang proses kimia, penyelesaian pengurusan air dan air sisa, perlombongan lengkap dan sistem penulenan logam.
Syarikat ini terdorong untuk menyerahkan projek tepat pada waktunya, menggunakan teknik pengurusan projek bertaraf dunia dan mempunyai piawaian tanpa kompromi untuk keselamatan dan kelestarian.
Hubungan Media:
Sandeep Menezes
sandeepmenezes@tataprojects.com
+91-9920074163
Pengurus Komunikasi Pemasaran
TATA Projects Ltd.
Naresh Sharma
nareshsharma@tataprojects.com
+91-9010680747
Ketua Komunikasi Pemasaran
TATA Projects Ltd.
Keywords: Commercial Real Estate Computer/Electronics Construction/Building Electrical Utilities Oil/Energy Real Estate Utilities Feature News Releases New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)
Source: PRNEWSWIRE