DST Perluas Transformasi Digital dan Inovasi seluruh Brunei bersama Syarikat Gergasi Teknologi, MultiSys dari Filipina

240

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei, 10 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Satu Perjanjian Perkongsian telahpun ditandatangani secara maya antara Datastream Digital Sdn Bhd (DST) dan MultiSys Technologies Corporation (MultiSys), sebuah syarikat Penyelesaian Kejuruteraan Perisian yang berpangkalan di Filipina bagi memperkukuhkan teras mereka menuju dunia transformasi digital dan inovasi di Brunei dan Filipina.

Top Right: Radin Sufri Radin Basiuni, CEO of Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Top Middle: Freddie Ting Lik Wei, AVP of Digital Business, Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Top Right: Guest of Honour, Yang Mulia Haji Sofian bin Haji Mohammad Jani, the Chairman of Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Bottom Right: Jovy Hernandez, President & CEO of ePLDT, Inc. and Bottom Left: David Almirol Jr., CEO & President of MultiSys Technologies Corporation (MultiSys)
Top Right: Radin Sufri Radin Basiuni, CEO of Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Top Middle: Freddie Ting Lik Wei, AVP of Digital Business, Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Top Right: Guest of Honour, Yang Mulia Haji Sofian bin Haji Mohammad Jani, the Chairman of Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Bottom Right: Jovy Hernandez, President & CEO of ePLDT, Inc. and Bottom Left: David Almirol Jr., CEO & President of MultiSys Technologies Corporation (MultiSys)
On the Right: Radin Sufri Radin Basiuni, CEO of Datastream Digital Sdn Bhd (DST) and on the Left: David Almirol Jr., CEO & President of MultiSys Technologies Corporation (MultiSys)
On the Right: Radin Sufri Radin Basiuni, CEO of Datastream Digital Sdn Bhd (DST) and on the Left: David Almirol Jr., CEO & President of MultiSys Technologies Corporation (MultiSys)

Upacara penandatanganan maya dirasmikan oleh kedua-dua Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif Datastream Digital Sdn Bhd (DST) dan David Almirol Jr., Ketua Pegawai Eksekutif MultiSys Technologies Corporation (MultiSys) bersama-sama Tetamu Kehormat, Yang Mulia Haji Sofian bin Haji Mohammad Jani, Pengerusi Datastream Digital Sdn Bhd (DST).

Turut hadir bagi menyaksikan upacara penandatanganan maya di Brunei tersebut ialah Tuan Yang Terutama, Christopher B. Montero, Duta Filipina ke Brunei, Puan Yang Terutama, Puan Hjh Johariah Hj Abd Wahab, Duta Brunei Darussalam ke Filipina, yang turut menyertai kami secara maya dari Filipina dan Yang Mulia Tuan Hj Muhammad Yazid bin Dato Paduka Hj Mahadi, Timbalan Pengerusi Datastream Digital Sdn Bhd (DST). Hadir secara maya di Filipina ialah Al Panlilio, Presiden Smart Communications, Inc. dan Jovy Hernandez, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ePLDT, Inc.

Menerusi perkongsian antara DST dan MultiSys ini, kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan satu sama lain dalam teknologi telekomunikasi dan penyelesaian kejuruteraan perisian agar dapat memberi akses yang lebih baik dan pengalaman pengguna yang lebih lancar dalam sebarang persekitaran. Kolaborasi ini akan turut membawa peluang yang hebat untuk bersama-sama membangunkan dan memanfaatkan pasaran luar negara dengan penyelesaian yang inovatif.

Pembangunan pelbagai teknologi yang dicadangkan akan berpotensi untuk membuka jalan buat DST dan MultiSys bagi meluaskan tawaran penyelesaian Perniagaan-kepada-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-kepada-Perniagaan (B2B) dalam ekosistem masing-masing. Tambahan pula, platform sedia ada MultiSys akan turut dikuasakan oleh DST dan berkembang secara beransur-ansur kepada pelbagai penyelesaian MultiSys.

Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST mengulas, “Agar berjaya dalam usaha transformasi digital DST, sebagai penyedia Perkhidmatan Digital dengan misi utamanya untuk ‘Mencipta Kemudahan dan Nilai melalui Ekosistem Gaya Hidup Digital utama,’ DST berkolaborasi dengan pengusaha-pengusaha utama yang sealiran yang berkongsi DNA digital yang serupa dengan DST. Multisys ialah rakan kongsi kolaboratif untuk DST. Multisys akan menyediakan blok binaan digital yang akan dikuasakan oleh DST.”

Beliau menyambung, “Perkongsian kami bersama Multisys akan meningkat selanjutnya dengan melapiskan perkhidmatan digital pada bahagian atas untuk memperbaiki khidmat pelanggan dan penglibatan dengan pelanggan kami.”

MultiSys bekerjasama dengan beberapa unit kerajaan di seluruh Filipina untuk projek Bandar Pintarnya. Projek ini merupakan program utama yang dilancarkan pada tahun 2019 untuk memudahkan lagi urus niaga kerajaan tempatan melalui penciptaan aplikasi dan pemasangan mesin kios bayaran tanpa tunai di pelbagai pejabat kerajaan dan komuniti setempat. MultiSys turut menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat gergasi teknologi global seperti Amazon Web Services (AWS) dan Google untuk projek-projeknya.

David Almirol Jr., Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas MultiSys berkata, “Kami sangat teruja mengenai perkongsian strategik bersama DST memandangkan kami akan bersama-sama meneroka dan membangunkan pelbagai peluang yang akan membawa transformasi digital yang lebih besar untuk kedua-dua pasaran. Hal ini sangat penting khususnya, bukan sahaja untuk syarikat, tetapi untuk negara kami serta bagi menonjolkan lagi kepintaran teknologi Filipina ke luar negara.”

Perkongsian ini akan melengkapkan DST bagi meneruskan perjalanan transformasi digitalnya dalam meningkatkan pengalaman pelanggan digital mereka bagi menyediakan gaya hidup Pintar yang lebih baik dan menyokong objektif-objektif Negara Pintar Kerajaan Brunei, memandangkan platform sistem MultiSys mempunyai keupayaan untuk menyokong urus niaga tanpa kertas dan menyelaraskan proses kerajaan.

Ini akan membolehkan dan memperkasa DST untuk meneroka dan mengeksploitasi sepenuhnya kemungkinan untuk meningkatkan tawaran perkhidmatan mereka melebihi perkhidmatan standard penyedia perkhidmatan telekomunikasi tradisional. Platform digital DST bukanlah penghujung kepada agenda transformasi DST. DST bersedia untuk berkolaborasi dengan pengusaha-pengusaha utama digital terkemuka yang lain di Brunei Darussalam dan luar negara bagi membina dan mengintegrasikan selanjutnya platform digital di luar bidang telekomunikasi. Usaha niaga ini akan membolehkan DST untuk memanfaatkan Platform Digital ini di wilayah ini, bahkan sehingga ke tahap melangkaui Brunei Darussalam.

Profil Syarikat

Latar Belakang Datastream Digital Sdn Bhd (DST)

DST ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terbesar di Brunei yang menawarkan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih dan tetap. Dengan lebih dua dekad menyediakan perkhidmatan mudah alih ke seluruh negara, DST terus berusaha meningkatkan dan menyediakan kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik. Kini, DST meneruskan hala tuju transformasinya dengan berkembang daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi menjadi penyedia perkhidmatan bersepadu dan dalam masa yang sama menyokong Wawasan 2035 Negara berkenaan bagi mendorong ke arah ekonomi yang dinamik dan mampan.

Latar Belakang MultiSys Technologies Corporation (MultiSys)

MultiSys ialah firma penyelesaian kejuruteraan perisian terkemuka yang berpangkalan di Filipina yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan perisian, platform sistem dan perkhidman integrasi berskala penuh dan berkesan kos yang digunakan oleh lebih daripada 2,500 syarikat dan organisasi. MultiSys ialah cabang teknologi MVP Group of Companies yang merangkumi PLDT dan Smart, dua daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi Filipina, serta Meralco, sebuah syarikat pengagihan kuasa elektrik utama di negara berkenaan termasuk wilayah ibu kotanya, Metro Manila.

Hubungan Media

Nama: Nurul Nabihah Haji Mokhsen
Jawatan: Penyusun Iklan, Jualan dan Pemasaran, DST
Emel: nabihah.mokhsen@dst.com.bn
Telefon: +6738928383

Nama: Freddie Ting
Jawatan: Naib Presiden Bersekutu, Perniagaan Digital, DST
Emel: freddie.ting@dst.com.bn
Telefon: +6737179293

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200805/2877106-1-a?lang=0
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200805/2877106-1-b?lang=0

Source: PRNEWSWIRE