SKEMA kukuhkan kedudukannya di China dengan tubuhkan sekolah bersama dengan Nanjing University dan ijazah sarjana keusahawanan dan inovasi bersama Xian’Jiaotong University

85

PARIS, 27 Julai 2020 /PRNewswire/ — SKEMA Business School baru sahaja menandatangani dua perjanjian strategik yang baharu bersama dua institusi akademik Cina yang cemerlang: Nanjing Audit University dan Xian‘ Jiaotong University, ahli Ivy League Cina berprestij, yang menghimpunkan 9 universiti terbesar di negara ini.

SKEMA Business School campus in Suzhou, China
SKEMA Business School campus in Suzhou, China

Kementerian Pendidikan Cina baru sahaja meluluskan perjanjian yang ditandatangani antara SKEMA dan universiti-universiti Nanjing dan Xian‘ Jiaotong. Dengan Nanjing, SKEMA menubuhkan sekolah bersama manakala dengan Xian‘Jiaotong, ijazah sarjana dalam keusahawanan dan inovasi yang memberi tumpuan pada pengurusan data dan kecerdasan buatan.

Sekolah Bersama NAU-SKEMA 

NAU-SKEMA Institute bersama-sama ditubuhkan oleh SKEMA Business School dan Nanjing University (NAU). Penubuhan sekolah bersama dengan universiti Cina ini dikhaskan untuk sebilangan kecil institusi asing yang cemerlang, yang mana SKEMA kini menjadi sebahagian daripadanya.

Institut ini akan mula merekrut kumpulan pelajar pertamanya di China pada September 2020 melalui Gaokao. Peperiksaan kemasukan ke universiti-universiti Cina yang terkenal sukar ini, akan membolehkan perekrutan sejumlah besar pelajar Cina: kira-kira 300 orang pelajar setiap tahun, namun dengan cara yang sangat selektif.

Mereka akan mengikuti kursus peringkat siswa sepenuh masa selama empat tahun, termasuk empat kursus pengajian hibrid yang menawarkan pelajar-pelajar dengan pelbagai laluan kerjaya yang dapat diceburi:

  • Kejuruteraan kewangan
  • Audit
  • Pengurusan maklumat dan pengurusan sistem maklumat
  • Pengurusan Kejuruteraan

Pelajar-pelajar akan mendapat dua diploma: Diploma Prasiswazah Am Pengajian Tinggi NAU dan Diploma BBA Global 4-tahun SKEMA.

Sarjana Keusahawanan dan Inovasi SKEMA-Xian’Jiaotong

Program ini bertujuan untuk melatih golongan elit dan pemimpin industri masa depan dalam bidang keusahawanan dan inovasi dengan memberi tumpuan pada data raya dan kecerdasan buatan.

Program bersama selama 2 tahun ini bermula pada awal tahun akademik 2020, dengan sasaran perekrutan seramai 60 orang pelajar setiap tahun. Ia dibuka kepada calon-calon yang setara dengan “Bac+3” atau “Bac+5”. Pada akhir pengajian selama 2 tahun, pelajar menerima diploma SKEMA (MSc) dan diploma Kementerian Pendidikan Cina.

“Projek-projek kerjasama bersama ini menyumbang untuk memperdalam pertukaran pendidikan antara Perancis serta China dan saya gembira kerana SKEMA mendapat tempat dalam usaha berkenaan. Projek-projek ini juga merupakan penghubung kuat dalam rancangan strategik SKY25 sekolah berkenaan untuk meneruskan pembangunan antarabangsanya, yang berasaskan perjanjian dengan institusi-institusi terbaik di dunia, selari dengan pembukaan hab antarabangsa,” kata Alice Guilhon, Pengarah Urusan SKEMA.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/skema-kukuhkan-kedudukannya-di-china-dengan-tubuhkan-sekolah-bersama-dengan-nanjing-university-dan-ijazah-sarjana-keusahawanan-dan-inovasi-bersama-xianjiaotong-university-1.jpg  

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/skema-kukuhkan-kedudukannya-di-china-dengan-tubuhkan-sekolah-bersama-dengan-nanjing-university-dan-ijazah-sarjana-keusahawanan-dan-inovasi-bersama-xianjiaotong-university.jpg

Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Joint ventures New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)

Source: PRNEWSWIRE