KIIT Deemed to be University Umum Pendidikan Percuma untuk Anak-anak bagi Mangsa COVID yang Meninggal Dunia di Odisha

140

BHUBANESWAR, India, 28 Julai 2020 /PRNewswire/ — Pandemik COVID-19 telah menjangkiti berjuta-juta orang dan menimbulkan keresahan di seluruh dunia, termasuk India dan Odisha. Bilangan jangkitan coronavirus baharu semakin meningkat dari hari ke hari di Odisha. Ramai juga yang telah terkorban. KIIT sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang dilanda masalah ketika berlakunya bencana alam di negeri berkenaan. Ia telah menjadi suatu kebanggaan Odisha kerana ia sentiasa berada di sisi orang ramai di negeri tersebut semasa mereka memerlukan.

KIIT_Campus
KIIT_Campus

Pandemik COVID-19 telah mengganggu dan memusnahkan kehidupan normal serta mata pencarian penduduk Odisha. Kini, KIIT Deemed to be University telah menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa COVID yang telah meninggal dunia. Bertindak menurut cadangan Pengasas KIIT & KISS, Dr. Achyuta Samanta, KIIT-DU telah mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan pendidikan teknikal dan profesional tanpa sebarang kos kepada anak-anak bagi mangsa COVID yang telah meninggal dunia di Odisha.

Anak-anak lelaki dan perempuan bagi mangsa COVID yang telah meninggal dunia di Odisha yang berminat, boleh memohon kursus-kursus teknikal dan profesional KIIT-DU yang berbeza, termasuk ITI dan Diploma Kejuruteraan, mengikut kelayakan kemasukan mereka. Kemudahan ini akan disediakan selama dua tahun akademik, 2020-21 dan 2021-22 sahaja, seperti yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa KIIT. Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak mangsa COVID yang telah meninggal dunia daripada kategori BPL, SC, ST dan SEBC. Langkah berkenaan akan memberi kelegaan kepada penduduk Odisha yang telah mati akal akibat pandemik ini.

KIIT ialah satu-satunya universiti di India dan luar negara yang menghulurkan bantuan kemanusiaan sedemikian kepada keluarga mangsa COVID yang telah meninggal dunia.

Selain daripada inisiatif mulia ini, KIIT Deemed to be University telah mengendalikan empat buah Hospital COVID mandiri di Odisha dengan 1200 kapasiti katil dan lebih 200 unit rawatan kritikal sejak lima bulan yang lalu. KIIT juga berada di barisan hadapan dalam perjuangan negeri tersebut bagi memerangi coronavirus dengan memberi sumbangan dalam bidang penyediaan bekalan makanan dan perubatan kepada mereka yang memerlukan, menghulurkan bantuan kepada mereka yang masih belum mendapat bantuan, mewujudkan kesedaran dan penjagaan terhadap haiwan sejak awal sekatan pergerakan dikenakan.

Hubungan Media: 
Dr. Shradhanjali Nayak
shradhanjali@kiit.ac.in
+91-674-2725636
Pengarah, PR
KIIT Deemed to be University

Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/kiit-deemed-to-be-university-umum-pendidikan-percuma-untuk-anak-anak-bagi-mangsa-covid-yang-meninggal-dunia-di-odisha.jpg

Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Children-related news Not for profit STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Public Interest

Source: PRNEWSWIRE