Globalization Partners Umum Pelancaran Hasil Utama di Asia Pasifik

Syarikat-syarikat kini dapat mempercepatkan rancangan pertumbuhan global dengan mudah di dalam dan luar rantau tersebut

BOSTON, 21 Julai 2020 /PRNewswire/ — Globalization Partners, yang mempermudahkan perniagaan global dengan membolehkan syarikat-syarikat untuk mengupah dan mengekalkan ahli-ahli pasukan dalam lebih 180 negara tanpa kerumitan untuk menubuhkan pejabat atau subsidiari cawangan antarabangsa, hari ini mengumumkan pelancaran pasukan hasil Asia Pasifik baharunya dan pelantikan Charles Ferguson sebagai Pengurus Besar di rantau ini. Dengan momentum perniagaan yang signifikan di seluruh Amerika Utara dan EMEA sepanjang 12 bulan yang lalu, Asia Pasifik menjadi wilayah utama yang seterusnya bagi trajektori pertumbuhan global syarikat berkenaan. Syarikat ini telah mengekalkan operasi pejabat belakang di Asia sejak tahun 2014. Tahap pertumbuhan baharu ini memberi tumpuan untuk mereplikasikan jentera penjanaan hasil yang telahpun dicipta olehnya di Amerika Utara dan memanfaatkan potensi pertumbuhan yang dilihat dari Asia.

Charles Ferguson, General Manager, APAC, Globalization Partners
Charles Ferguson, General Manager, APAC, Globalization Partners

Pengembangan ini adalah susulan daripada pusingan pendanaan syarikat sebanyak $150 juta dan pada ketika terdapatnya permintaan yang cukup tinggi terhadap penyelesaian Globalization Partners. Operasi Asia Pasifik yang baharu akan menyokong syarikat-syarikat yang berpangkalan di Asia yang ingin berkembang di dalam dan luar rantau ini. Ia juga akan menyokong kumpulan pelanggan Asia Pasifik syarikat ini yang semakin berkembang.

“Globalization Partners menyediakan kami dengan pandangan luar biasa mengenai standard dan peraturan pekerjaan di Australia, membolehkan kami untuk mengambil pengarah perkhidmatan kami dengan pantas dan mudah bagi memudahkan pengembangan kami ke rantau ini,” kata Robert DeSteno, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Archive360. “Sebagai standard global baru muncul untuk pengurusan maklumat perusahaan pintar, penyelesaian mereka menjadikannya mudah buat kami untuk terus menumpukan perhatian pada perniagaan kami di samping mengelakkan keperluan untuk melabur banyak masa atau infrastruktur yang biasanya akan dikaitkan dengan pengembangan pasukan kami di Asia Pasifik.”

“Hasrat kami adalah untuk membawa penyelesaian kami yang membolehkan mana-mana syarikat untuk mengupah sesiapa sahaja, di mana-mana, dalam masa sesingkat dua belas jam ke dalam setiap pasaran di seluruh dunia,” kata Nicole Sahin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Globalization Partners. “Rantau Asia Pasifik menonjolkan peluang yang signifikan dan pengalaman keusahawanan serta eksekutif Charles Ferguson yang luar biasa dalam penyelesaian Pengurusan Modal Insan akan menjadi kunci untuk membolehkan kami mencapai matlamat pertumbuhan kami.”

Melapor kepada Diane Albano, Ketua Pegawai Hasil, Ferguson akan bertanggungjawab terhadap penskalaan dan kecekapan pasukan pasukan penjanaan hasil Asia Pasifik, mengurus strategi rakan kongsi syarikat dan akhirnya mereplikasikan kejayaan luar biasa Globalization Partners di Amerika Utara, dengan memanfaatkan keperluan pasaran untuk syarikat-syarikat Asia yang tercari-cari cara yang ringkas dan mudah untuk berkembang ke peringkat global.

“Kami menjangkakan bahawa APAC akan menjadi salah satu wilayah yang paling pantas berkembang dan Charles akan memainkan peranan penting dalam melaksanakan strategi di tapak operasi kami,” kata Diane Albano, Globalization Partners. Kepimpinan kukuh dan kepakaran beliau yang tiada tandingan dalam memimpin inisiatif pengembangan perniagaan di Asia amat sesuai ketika kami mengembangkan kehadiran kami di sana.”

Paling terkini Charles merupakan Ketua Pegawai Komersial Kumpulan untuk Tricor Group, pakar pengembangan perniagaan yang terkemuka di Asia, yang mana beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan melaksanakan strategi penjualan, pemasaran dan inovasi produk global. Sebelum memegang jawatan ini, Charles merupakan Presiden dan Pengurus Besar untuk rantau Asia Pasifik di ADP, yang mana beliau membawa pengalaman serta minat beliau terhadap teknologi ke hadapan sebagai pendorong untuk membawakan penglibatan pekerja ADP dan penyelesaian Pengurusan Modal Insan ke setiap saiz firma di Asia. Charles juga bersama-sama menubuhkan firma perkhidmatan perunding dan penasihat pengurusan ReedHamilton yang mana beliau memimpin amalan teknologi dan inovasi. Sebelum itu, beliau memegang jawatan-jawatan di SAP, Salesforce, Microsoft dan Intel.

“Asia Pasifik ialah salah satu pasaran yang paling dinamik di dunia dan saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan ini bagi membina kehadiran kami dan mendorong peluang di rantau ini,” kata Charles Ferguson, Pengurus Besar, APAC, Globalization Partners.

Latar Belakang Globalization Partners
Globalization Partners membolehkan syarikat-syarikat untuk berkembang ke peringkat antarabangsa dengan pantas dan mudah merentas enam benua dan 187 negara. Penyelesaian kami membolehkan syarikat-syarikat untuk mengupah pekerja selama sesingkat 12 jam tanpa perlu menavigasi isu-isu undang-undang, cukai dan sumber manusia (HR) antarabangsa yang rumit. Apabila syarikat-syarikat menemui bakat terbaik, ahli pasukan berkenaan dimasukkan ke dalam senarai gaji kami yang mematuhi peraturan tempatan. Kami merupakan penyelesaian yang paling dipercayai dalam pasaran dan menawarkan perkhidmatan sokongan premium 24/7/365. Kami mempunyai pasukan dan pejabat di seluruh dunia dengan ibu pejabat global terletak di Boston dan California manakala ibu pejabat serantau terletak di London, Ireland, Singapura dan Dubai.

Platform inovatif Globalization Partners ialah Privacy Shield yang diperakui untuk Data HR dan tekal mencapai 97% penilaian kepuasan pelanggan dengan menjadikannya mudah untuk syarikat-syarikat berkembang ke peringkat global. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: globalization-partners.com atau berhubung dengan kami melalui TwitterLinkedInFacebook, atau lihat Blog kami.

Hubungi:
Karen Pantinas
Kpantinas@globalization-partners.com
617-729-4466

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/globalization-partners-umum-pelancaran-hasil-utama-di-asia-pasifik-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/globalization-partners-umum-pelancaran-hasil-utama-di-asia-pasifik.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion Personnel announcements Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like