Reviu Eksklusif: ASUS VivoBook Ultra K403, Kecil, Kuat Dan Berkuasa!!! Berbaloi Untuk Dimiliki

ASUS baru sahaja melancarkan komputer riba terbaharunya iaitu ASUS VivoBook Ultra (K403) yang mana tawaran harga jualan adalah RM2699(i3-8145U)/ RM3399(i5-8265U). Walaupun ia bersaiz kecil dan kompak tetapi jangan memandang enteng kerana prestasi dan daya tahannya pasti membuatkan anda tidak senang duduk untuk mendapatkan komputer riba ini. Jom kita lihat komputer riba ini dengan lebih terperinci.

Spesifikasi Dalaman Yang Terkini

ASUS VivoBook Ultra K403 ini tampil dengan pemproses yang sangat baik iaitu Intel Core i3-8145U dengan 8GB RAM serta 512GB PCIe Gen3×2. Bagi grafik pula ia tampil dengan Intel® HD Graphics 620 yang memberikan kesan grafik yang sangat baik kepada pengguna. Visual akan menjadi lebih nyata. Jadi bagi yang ingin menyiapkan tugasan atau menonton video pastinya akan lebih lancar tanpa sebarang lag atau gangguan. Berikut adalah spesfikasi penuh komputer riba ini:

Spesifikasi

ASUS VivoBook Ultra (K403)

Pemproses

8th Gen Intel® Core i3-8145U

8th Gen Intel® Core i5-8265U

Sistem Operasi

Windows 10 Home

Paparan

14 inci16:9 aspect ratio FHD (1920×1080) display

4 bucu NanoEdge dengan 4.1mm kenipisan bezels dan  nisbah skrin ke kerangka 87%

Grafik

Intel® HD Graphics 620

Memori

Sehingga 8GB LPDDR3 2133GHz

Storan

512GB PCIe Gen3 x2

Sambungan

1 x USB 3.1 Gen 1 Type-C™

1 x USB 3.1 Gen 1 Type-A

1 x USB 2.0 Type-A

1 x Audio combo jack

1 x HDMI 1.4

1 x SD card reader

1 x DC jack

Audio

2 x built-in stereo speakers

Sonic Master technology

Array microphone

Bateri

72Wh lithium-polymer battery (4-cell)

Jangka hayat bateri sehingga 24 jam

warna

Silver Blue dan Petal Pink

Saiz

322.86 x 208.48 x 16.5mm

Berat

1.3kg

 

Rekaan Yang Anggun

Jika dilihat dari luaran sahaja pasti sudah berjaya menambat hati anda dengan rekaan yang sangat elegan dan eksklusif. Dengan kenipisannya yang hanya 16.5mm dan berat hanya 1.3 kg memberikan 1 nafas baharu dalam rekaannya. Pastinya amat mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Chasis komputer riba ini yang diperbuat daripada aluminum pastinya memberikan nilai tambah dari segi rekaannya. Ditambah dengan warna Petal Pink menambahkan keanggunan pada komputer riba riba ini. Logo ASUS yang sedikit timbul di bahagian belakang menambah nilai eksklusif rekaannya.

Menariknya pada touchpad, tersedia pengimbas cap jari yang memberikan kelainan pada komputer riba ini. Di bahagian kiri komputer riba ini, dilengkapi dengan DCIN jack, HDMI 1.4, USB 3.1 Gen 1 Type-A dan USB 3.1 Gen 1 Type-C. Manakala disebelah kanan pula disertakan dengan USB 2.0 Type-A, slot SD card reader dan audio jack.

Berikut adalah gambaran penuh komputer riba ini:

Bersaiz Kecil Tetapi Pamer Daya Tahan Mengagumkan

Sungguhpun ASUS VivoBook Ultra K403 ini tampak kecil daripada luaran, namun ia mendapat MIL-STD-810G military standard bagi ketahanan dan kebolehpercayaan. Ia mampu bertahan dalam situasi altitud tinggi, suhu dan kelembapan yang ekstrem. Menariknya, ia juga melepas ujian dalaman ASUS yang mana melangkaui standard yang ditetapkan di dalam industri. Jadi anda tidak perlu risau lagi!!!

Paparan NanoEdge Yang Mempersona

Menariknya, ASUS VivoBook Ultra K403 ini tampil dengan paparan NanoEdge yang bezel yang sangat nipis iaitu 4.1mm. Ia secara langsung memberikan paparan yang lebih luas. Jadi tidak hairanlah ia tampil dengan 87% nisbah skrin ke kerangka yang memberikan pengalaman tontonan yang menakjubkan. Disertakan dengan paparan FHD (1920 x 1080) dan IPS panel dengan 178° sudut tontonan. Jadi pengalaman tontonan anda bersama rakan pastinya akan lebih menarik.

Menerusi ASUS Tru2Life Video technology, paparan tontonan video dapat dipertingkat. Ia
mengoptimumkan ketajaman dan kontras setiap piksel bagi setiap frame untuk menghasilkan visual yang lebih nyata.

Daya Tahan Bateri Yang Giler Dasyat!!

Ini adalah kelebihan yang terdapat pada komputer riba ini apabila ia tampil dengan bateri yang sangat besar iaitu 72Wh 4cell lithiumpolymer. Menariknya ia dikhabarkan mampu bertahan selama 24 jam yang menjadikan ia antara komputer riba yang mempunyai jangka hayat bateri yang lama.

Kami telah menjalankan ujian ketahanan bateri apabila menonton youtube selama 3 jam tanpa henti. Hasil daripada ujian ini mendapati ia hanya menggunakan 37% bateri sahaja. Berikut adalah hasil ujian daya tahan bateri komputer riba ini:

Kami turut melakukan ujian pengecasan bagi mengetahui sepantas mana ia mampu mengecas penuh. Kami mula mengecas komputer riba ini ketika ia berada pada 37% iaitu pada jam 12.58 P.M. Ia mencapai 100% pada jam 3.32 P.M. Mengambil masa hanya selama 2 jam 34 minit. Berikut adalah hasil ujian pengecasan komputer riba ini:

 

Papan Kekunci Yang Selesa

Sungguhpun ia bersaiz kecil, tetapi ia tampil dengan paparan kekunci bersaiz penuh. Ia tampil dengan rekaan ergonomik backlit yang mana ia hadir dengan 1.4mm jarak antara butang. Jadi ia akan memberikan keselesaan ketika anda menaip dan melakukan pekerjaan.

TouchPad Yang Unik

Penggunaan Touchpad ini adalah sangat selesa dan lancar. Ia turut menyokong Windows 10 touchpad gestures yang mana ia turut disertakan dengan multi-gesture input. Pengimbas cap jari juga turut disertakan pada touchpad ini. Berikut adalah cara tetapan:

#Cara Tetapan
Pilih Settings – Kemudian Sign-in Option – Pilih Fingerprint – Imbas cap jari anda

 

Bunyi Yang Menggiurkan

ASUS VivoBook Ultra K403 ini tampil dengan ASUS Sonic Master audio technology yang mana mengabungkan hardware, software dan rekaan penalaan audio yang memberikan audio yang sangat baik. Anda boleh mengoptimumkan audio dengan ASUS Audio Wizard. Perisian penalaan audio ini disertakan dengan 5 mod pratetap bergantung kepada penggunaan sama ada untuk muzik, movie, rakaman, gaming dan mode ucapan.

Ujian

Kami telah melakukan beberapa ujian mennggunakan aplikasi UserBenchMark dan CrystalDiskMark 6. Hasil dapatan daripada ujian ini mendapati ia mempamerkan prestasi yang sangat baik mengikut kelasnya. Berikut adalah hasil ujian komputer riba ini:

#UserBenchmark

#CrystalDiskMark 6

 

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan ASUS VivoBook Ultra K403 ini adalah sangat baik dan sesuai digunakan bagi golongan profesional atau pelajar melakukan tugasan. Dengan saiz yang kompak dan paparan yang menakjubkan memberikan kepuasan buat pengguna. Sungguhpun bersaiz kecil, namun kapasiti bateri yang sangat besar dan mampu untuk bertahan lama memberikan kelebihan kepada pengguna. Jadi berbaloi untuk dimiliki!!!

You might also like