Nokia 2.2 Bakal Dijual Di Pasaran Malaysia Bermula 28 Jun – Dijual Pada Harga RM399

1891
- Iklan -


Semua orang pasti mengenali jenama telefon pintar terkenal Nokia. HMD Global telah mengumumkan penawaran 1 lagi telefon pintar keluaran Nokia iaitu Nokia 2.2 bagi pasaran tempatan. Menariknya ia bakal dijual pada harga yang sangat murah iaitu RM399.

Sungguhpun harganya berpatutan tetapi sepesifikasinya tidak kurang hebatnya berdasarkan kelasnya. Tampil dengan skrin bersaiz 5.71 inci dan dikuasakan oleh MediaTek Helio A22 serta dihadirkan dengan dengan 2GB RAM dan storan sebesar 16GB.

Kamera telefon ini juga boleh tahan apabila ia didatangkan dengan 13MP bagi kamera belakang dan 5MP bagi kamera hadapan.

Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan bagi kelasnya apabila ia tampil dengan 3000mAh dan disokong oleh bicu audio 3.5mm serta dihadirkan dengan butang fizikal Google Assistant.

Dihadirkan dengan 2 warna iaitu pilihan iaitu Steel dan Tungsten Black. Berikut adalah hasil gambar yang diambil menggunakan peranti Nokia 2.2 ini!!!

Jadi jangan lepaskan peluang anda. Peranti ini bakal menjengah pasaran tempatan bermula dari 28 Jun ini!!