
Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, OPPO bakal memperkenalkan tambahan warna baharu untuk model OPPO Reno. Pun begitu, pihak OPPO masih berteka teki mengenai warna tersebut, namun memberi gambaran ianya adalah variasi warna yang romantis. Teruja dan tak sabar nak tahu apa warna tersebut? Sama-sama kita tunggu!
OPPO Reno berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 sebagai peranti pintar terlaris dengan julat harga antara RM1,900 dan RM2,100 di kedai-kedai telco utama iaitu Celcom, Digi dan Maxis sejak Mei 28 hingga sekarang. Dijual pada harga RM1,999 seunit, OPPO Reno boleh didapati menerusi beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Online Store, Lazada dan Shoopee.