- Iklan -

Terlalu banyak pilihan komputer riba di pasaran? Bagaimana mencari yang paling sesuai untuk para pelajar? Tidak terlalu rumit apabila menggunakannya, boleh mengendalikan kebanyakan tugasan pembelajaran, terdapat pelbagai fungsi hiburan seperti permainan dan sebagainya, komputer riba yang serba boleh ini tentunya adalah HUAWEI Matebook D!

Apa sebenarnya kehebatan HUAWEI Matebook D? Sehandal mana ia mampu memenuhi keperluan hidup seseorang pelajar?! Mari kita tengok! Check it out…

1) Rekaan Moden Menarik Perhatian

Matebook D hadir dengan rekaan bezel senipis 5.2mm, secara langsungnya lebih menyempurnakan lagi paparan skrin 15.6 inci ini. Tambahan lagi dengan ketebalan kerangka hanya 16.9mm, bersama berat 1.9kg tidak akan membawa sebarang bebanan kepada pelajar.

 

2) Kerja Efektif Lebih Jimat Masa

Kalau anda mengambil gambar atau video banyak-banyak dengan peranti pintar HUAWEI, maka bolehlah memindahkan semua data ke Matebook D hanya dalam sesaat dengan sokongan HUAWEI Share. Sudah tentu semua peranti pintar HUAWEI menyokong fungsi ini, terutamanya HUAWEI nova 4 yang sangat sesuai untuk pelajar.

 

3) Rakan Sepasukan Paling Hebat

Prestasi permainan adalah penting sama ada bagi komputer riba atau peranti pintar, oleh itu kad grafik Nvidia GeForce MX150 yang dibekalkan pada Matebook D ini mampu mempercepatkan sistem pemprosesan grafik.

Selain boleh menguruskan kerja penyuntingan video secara lancar, bahkan anda juga boleh bermain pelbagai permainan popular tanpa masalah.

 

4) Kerja Harian Lebih Cekap

Segala-gala pengoperasian akan menjadi lebih lancar dengan adanya pemproses yang baik, Matebook D dikuasakan oleh Intel Core i5/i7 generasi ke-8.

Cip pemproses ini adalah 30% lebih baik berbanding generasi terdahulu, di mana keseluruhan kelajuannya lebih cepat serta kuasa pemprosesan juga bertambah baik. Ini secara langsungnya membolehkan para pelajar menguasai kerja seharian dengan lebih cekap dan pintar.

 

5) Storan Besar Permudahkan Simpanan Data

Matebook D menawarkan ruangan storan gabungan SSD + HDD, di mana SSD digunakan untuk sistem pemasangan sementara HDD digunakan sebagai simpanan data.

Sekiranya anda terdapat banyak gambar, video, dokumen atau permainan yang dimuat turun, boleh sahaja simpan dalam komputer riba ini tanpa merisaukan lagi ruangan penyimpanan.

 

6) Nikmati Hiburan Di Mana-Mana Sahaja

Komputer riba tidak mementingkan kualiti audio? Anggapan ini 100% tidak betul kerana Matebook D hadir dengan teknologi Dolby Atmos yang mampu menghasilkan kualiti audio hebat, sekaligus memberi anda kepuasan mendengar muzik atau menonton video kegemaran.

 

7) Liputan Rangkaian Terjamin

Di samping pengoperasian yang lancar, kelajuan sambungan rangkaian juga sangat penting khusus para pelajar yang sentiasa perlu mencari maklumat dalam talian.

Matebook D menyokong dual antenna WiFi yang mana ia menggabungkan teknologi Mate signal+, untuk meningkatkan liputan rangkaian dan isyarat bagi anda menikmati pengalaman melayari Internet berkelajuan tinggi.

 

8) Kesihatan Diri Sentiasa Dilindungi

Sentiasa berdepan di komputer riba dengan tugasan sekolah yang banyak, tambahan lagi menonton video atau bermain permainan di masa lapangan, semua ini akan menjadikan anda berasa letih apabila berhadpaan skrin komputer untuk masa yang lama.

Lain pula dengan Matebook D, ia mempunyai skrin anti-silau dan juga mod Eye Comfort yang boleh menapis cahaya biru berbahaya selain melegakan keletihan mata.

 

9) Lebih Tahan Lama, Adanya Pocket Charger

Ketahanan bateri menjadi isu penting pada semua peranti pintar, sama juga pada Matebook D. Komputer riba ini mempunyai kuasa bateri 43.3Wh yang boleh memainkan video HD selama 8.5 jam secara berterusan, jika anda risau ketahanan baterinya boleh juga menggunakan Pocket Charger untuk mengecas Matebook D pada bila-bila masa.

Ia lebih memudahkan kerja pengecasan tanpa perlu membawa palam kuasa, jadi amat sesuai bagi para pelajar yang suka pergi ke mana-mana tanpa masalah.

 

10) Prestasi Unggul Harga Mampu Milik

Prestasi Matebook D tidak dapat disangkal lagi, inovasi dan teknologi terbina dalam membuatkan anda berasa teruja apabila melihatnya. Namun, adakah harga yang ditawarkan terlalu tinggi? TIDAK! Matebook D hanya dijual pada harga RM2,999.

HUAWEI Matebook D adalah pilihan terbaik untuk para pelajar, jika dipadankan dengan HUAWEI nova 4 tentunya lebih sempurna! Peranti ini mempunyai pelbagai fungsi AI khas generasi muda, antaranya AI video, AI Beauty, 3D Qmojis, GPU Turbo dan sebagainya.

[ Reviu Eksklusif : HUAWEI Nova 4 Penerus Legasi Kegemilangan Siri Nova ]

Jangan lupa nova 4 juga boleh berkongsi sejumlah gambar atau video melalui HUAWEI Share ke Matebook D, sama ada belajar atau berhibur juga semuanya dikuasai dalam tangan anda!

[ #4 Rahsia Gambar Makanan Jadi Menarik Sampai Meleleh Air Liur – Lagi Best Guna HUAWEI Nova 4! ]

 

**Advertorial dari HUAWEI Malaysia