
Sony Malaysia dengan rasminya melancarkan model terbaru yang dikenali sebagai α7 III. Kamera ini mempunyai badan yang kompak dengan isi dalaman yang begitu mantap. Gabungan 24.2 Megapiksel dan sensor Exmor R CMOS kini menyokong rakaman berterusan sehingga 10fps bersama auto fokus penuh.
Imej lebih menonjol dengan adanya sokongan video 4K HDR di samping fungsi pengurangan noise. Ia dikuasakan oleh pemproses BIONZ X dengan kelajuan 1.8 kali lebih pantas dari sebelumnya.
Dilengkapi penstabilan imej 5-paksi ditala untuk menyokong rakaman beresolusi tinggi dengan 5.0 kelebihan kelajuan shutter. Untuk memudahkan pengguna, Sony α7 III hadir dengan dua slot kad SD, sambungan port USB Type-C, HDMI serta sambungan tanpa wayar WiFi, Bluetooth dan juga NFC.
Kamera bersaiz kompak yang seberat 650g ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 2,280mAh, kamera ini berkeupayaan tinggi ini direka khusus buat mereka yang profesional dalam bidang fotografi, videografi, dan pembikin multimedia.
Di Malaysia, Sony α7 III ditawarkan pada harga bermula RM8,999 (badan sahaja) dan sudah boleh dibeli bermula April 2018. Layari laman rasmi Sony untuk maklumat lanjut.