Sony ∝9 – Keupayaan Professional Pada Badan Kompak Bermula RM21,799

(Dari kiri) Ben Lowy, Chou Bing Han, Takashi Yasuda, Satoru Arai, Hideyuki Wada, dan Loo Kah Kit

Kamera berteknologi tinggi Sony ∝9 telah dilancarkan secara rasmi oleh Sony Malaysia yang membawakan pelbagai ciri-ciri menarik. Dalam masa yang sama, Sony juga telah menjadi jenama nombor satu dalam segmen kamera full frame di Thailand, Indonesia dan juga Malaysia.

Kamera kompak ini adalah yang pertama di dunia menggunakan sensor CMOS full frame mirrorless dengan resolusi 24.2 Megapiksel mampu merakam gambar sehingga 20fps dengan 20 kali ganda lebih pantas dalam pemprosesan gambar.

Sony ∝9 ini juga antara yang terbaik dalam barisan kamera-kamera yang lain kerana hadir dengan ciri silent mode yang lebih senyap malah ia juga anti-gegaran tidak seperti kamera yang lain dalam kategorinya. Selain itu, kamera ini menyediakan dua ruangan slot kad memori dan bateri yang tahan lama.

Sistem penstabilan 5-axis dapat membantu gambar yang diambil dengan lebih jelas bersama bantuan kelajuan shutter sehingga 1/32,000 saat. Sony ∝9 ini dilengkapi dengan sokongan rakaman 4K (3840 x 2160p) manakala untuk HD penuh pula ia dapat merakam 120fps serta boleh menyunting kepada empat ke lima kali gerak perlahan.

Sony ∝9 ditawarkan pada harga bermula RM21,799, juga boleh mendapatkan unit lensa terbaru Super-telephoto (SEL100400) pada harga RM12,699, Premium Wide Angle (SEL1635GM) pada harga RM10,899 dan akhir sekali Compact Wide Angle (SEL1224GM) pada harga RM7,899. Kamera ini juga boleh menggunakan lensa lain keluaran Sony.

Contoh Hasil Gambar

Zum 40m

 

 

 

You might also like