
CloudMagic Email & Calendar
Sekiranya anda sedang mencari aplikasi email yang universal dan lengkap, apa kata anda muat turun CloudMagic Email & Calendar dan mencuba aplikasi ini yang memenangi pelbagai anugerah dari pelbagai pihak. Ia menyokong pelbagai servis email seperti Gmail, Yahoo, Hotmail dan lain-lain, dengan ini kesemua email anda akan diuruskan oleh satu servis sahaja.
Selain itu pelbagai fungsi ditawarkan untuk anda gunakan bagi mengurus kandungan email seperti kata kunci, folder, reminder dan lain-lain. Selain itu aplikasi ini juga boleh diintegrasikan dengan kalendar bagi memaparkan notifikasi dan peringatan.
Muat Turun
- RM 0
- 25 MB
- Android 4.0 dan ke atas
- RM 0
- 83.2 MB
- iOS 7.0 dan ke atas