Sony SRS-XB2 & Sony SRS-XB3:Hasilkan Bunyi Bass Yang Mengagumkan

Sony SRS-XB2
Sony SRS-XB2

Sony telah memperkenalkan dua buah wayarles speaker yang dikenali sebagai SRS-XB2 dan SRS-XB3 khas untuk mereka yang gemar mendengar muzik sambil berhibur bersama teman-teman tersayang! Menampilkan rekaan stylish dan kompak dengan beberapa warna menarik, kedua-duanya direka kalis air serta menyokong sambungan NFC dan juga Bluetooth.

Sony SRS-XB3
Sony SRS-XB3

Kelebihan yang dimiliki oleh kedua-dua produk ini adalah mampu menghasilkan kualiti audio yang sangat baik berbanding speaker biasa terutamanya ketika berada di persekitaran yang bising dengan sokongan teknologi EXTRA BASS, Clear Audio+ serta DSEE. Malah kehadiran dua speaker berukuran 42mm (SRS-XB2) dan 48mm (SRS-XB3) pula mampu menghasilkan kualiti audio yang kedengaran lebih jernih dan lantang.

Sony SRS-XB2
Sony SRS-XB2

Menarik lagi, kedua-dua speaker ini telah dilengkapi dengan mikrofon untuk memudahkan anda menjawab panggilan walaupun sedang mendengar muzik. Di dalamnya pula menggunakan bateri Li-Ion yang mampu bertahan selama 12 jam untuk model SRS-XB2 dan 24 jam bagi model SRS-XB3. Sony SRS-XB2 telah dijual dengan harga RM339, manakala Sony SRS-XB3 pula berharga RM499.

Sony SRS-XB3
Sony SRS-XB3

 

You might also like