Lenovo Tech World 2016: [KONSEP] Lenovo Memperlihatkan Smartphone Boleh Diubah Menjadi Gelang Tangan & Tablet Diubah Ke Smartphone

2549
- Iklan -
CPlus Watch
CPlus Watch

Selain smartphone, Lenovo juga berkongsi mengenai beberapa teknologi yang sedang dibangunkan oleh mereka, di samping memperkenalkan beberapa produk baru dari gergasi perkomputeran China berkenaan. Memulakan acara berkenaan, Lenovo mencuri perhatian ramai pengguna dengan memperlihatkan sebuah smartphone yang boleh diubah menjadi gelang tangan dengan mudah yang diberi nama Cplus Watch.

Melalui demo yang diperlihatkan pada pameran tersebut, Lenovo mengambil latar masa dan tempat di mana pengguna memakai pakaian tanpa poket dan untuk menyimpan smartphone, pengguna hanya memakainya pada tangan. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan skrin boleh lentur dan pada masa yang sama dilengkapi dengan pelbagai peralatan dari papan induk, komponen dan beberapa lagi yang turut boleh melengkung bersama.

Folio_01
Folio

Selain daripada smartphone yang boleh diubah menjadi gelang tangan, pihak Lenovo turut memperlihatkan sebuah tablet bernama Folio yang boleh dilipat menjadi dua seperti sebuah smartphone yang mudah dikendalikan serta disimpan.

Folio_03Pihak Lenovo tidak memberikan sebarang tarikh rasmi berkenaan pelancaran, tetapi memberitahu kos untuk kedua-duanya masih tinggi. Buat masa ini, tidak mustahil mereka memperkenalkan produk menggunakan teknologi ini dalam masa akan datang.

Baca Juga: