VeChain dan I-Dante Jalin Kerjasama Cipta Platform Pengurusan Data Perubatan Didayakan Rantaian Blok untuk Penyedia Penjagaan Kesihatan di Cyprus

2350

SHANGHAI, 18 Mei 2020 /PRNewswire/ — Dengan lebih 4.6 juta jangkitan, 300 ribu kematian dan semakin bertambah yang disebabkan oleh COVID-19, kerajaan negara, sistem penjagaan kesihatan tanpa mengira wilayah dan benua telah bergelut untuk bertindak balas, dan pandemik ini telah menekankan permintaan yang semakin meningkat terhadap teknologi digital untuk menggantikan cara lama kita berkomunikasi. VeChain berada di barisan hadapan dalam transformasi digital ini, menyelesaikan masalah pengurusan data penjagaan kesihatan dengan menggunakan penyelesaian yang dikuasakan oleh teknologi rantaian blok.


Dengan matlamat untuk mendayakan transformasi digital dalam sektor penjagaan kesihatan, VeChain, berserta I-Dante bersama-sama membangunkan platform pengurusan data perubatan didayakan rantaian blok yang dinamakan sebagai The E-NewHealthLife. Mediterranean Hospital of Cyprus, sebuah hospital di bawah Sistem Penjagaan Kesihatan Am (GHS) Republik Cyprus ialah hospital pertama yang mengguna pakai aplikasi ini.

Kemajuan Sistem Penjagaan Kesihatan
Terdapat usaha-usaha yang dilakukan untuk memodenkan infrastruktur teknologi dalam sektor penjagaan kesihatan, namun masalahnya melibatkan kesukaran dari segi pentadbiran dan teknikal untuk mengumpul data daripada sistem digital yang berbeza, kos yang semakin meningkat dan keseimbangan antara keperluan kesihatan dan kebimbangan privasi, telah banyak menghalang usaha-usaha berkenaan. Dilema yang dihadapi ini membawa kepada keperluan segera terhadap penyelesaian digital yang berkos rendah namun amat cekap.

Dengan kelebihan yang terbukti dari segi storan data yang selamat dan perkongsian maklumat yang cekap antara berbilang pihak, teknologi rantaian blok muncul sebagai pilihan terbaik yang sedia digunakan.

Tindakan Berasaskan Rantaian Blok Sebagai Respons Kepada Cabaran
Terdapatnya permintaan yang mantap dan segera untuk menyampaikan penyelesaian penjagaan kesihatan yang lebih baik dan lebih cekap yang dapat mencapai penyediaan penjagaan kesihatan bertumpu pesakit yang cemerlang, perkongsian data yang selamat di samping mematuhi peraturan berhubung penggunaan dan perkongsian data pesakit, yang mana dalam kes ini diselesaikan dengan memperkenalkan E-NewHealthLife Web App dalam Jabatan Kecemasan hospital sebagai fasa pertama projek ini.

Dikuasakan oleh VeChain ToolChainTM, Pasport Penjagaan Kesihatan Digital ialah Kad NFC disulitkan yang boleh diberikan kepada mana-mana pesakit hospital. Kad NFC akan membolehkan pesakit untuk memperkenalkan diri mereka secara automatik di meja pendaftaran Bilik Kecemasan, menyemak barisan mereka pada telefon mudah alih, mengurus rekod perubatan mereka sendiri dengan selamat menerusi E-NewHealthLife Web App.

Aplikasi yang dikuasakan rantaian blok ini dapat menawarkan perkhidmatan kepada hospital secara dalaman dan juga pengguna akhir. Memandangkan The E-NewHealthLife mematuhi sepenuhnya GDPR (Peraturan Perlindungan Data Umum EU), Aplikasi ini membolehkan pemilik mendapat kawalan sepenuhnya ke atas profil dan rekod perubatan mereka. Data hanya boleh dikongsi kepada pihak ketiga dengan kebenaran pemilik.

Merapatkan Jurang Kepercayaan Dalam Sektor Penjagaan Kesihatan
Rantaian blok disifatkan sebagai barisan hadapan yang seterusnya dalam sektor penjagaan kesihatan yang akan membantu menangani cabaran saling boleh kendali industri ini. Menurut satu laporan oleh BIS Research, perbelanjaan dan pelaburan pasaran penjagaan kesihatan global terhadap teknologi berasaskan rantaian blok dijangka mencecah $5.61 bilion menjelang tahun 2025. Penerimaan teknologi rantaian blok dapat memberi penjimatan kepada industri penjagaan kesihatan sehingga $100$150 bilion setahun menjelang tahun 2025.

Berdasarkan kes-kes konkrit kerjasama berbilang pihak dalam pelbagai industri, VeChain telah mengumpul pengalaman dalam merapatkan jurang kepercayaan dan membawakan ketelusan ke dalam perniagaan dan dalam masa yang sama mematuhi pihak berkuasa dan pengawal selia tempatan. Melihatkan potensi besar teknologi rantaian blok dalam sektor perubatan dan penjagaan kesihatan, VeChain akan terus membangunkan penyelesaian untuk semua pemegang berkepentingan dan mengejar lebih banyak peluang dalam masa terdekat.

Latar Belakang Mediterranean Hospital of Cyprus 

Mediterranean Hospital of Cyprus ialah sebuah institusi penjagaan kesihatan swasta moden, salah satu yang terbesar di Cyprus, dengan misi untuk menyediakan semua penduduk dan pengunjung negara ini dengan perkhidmatan perubatan yang selamat dan berkualiti tinggi sepanjang masa. Pengasas Mediterranean Hospital of Cyprus, Dr. Andreas Panayiotou telah menetapkan matlamat pembangunan dan penubuhan infirmari yang andal, dengan mekanisme operasi yang fleksibel, bagi mendapat kepercayaan dan pengiktirafan terhadap kualiti perkhidmatannya daripada semua orang. Mediterranean Hospital of Cyprus ialah hospital swasta pertama yang menyertai Sistem Penjagaan Kesihatan Am (GHS) Cyprus.

Laman sesawang: www.medihospital.com.cy/en/

Latar Belakang I-DANTE LTD 

Ditubuhkan pada Disember 2019 oleh Etna Digital Growth (syarikat perunding – gedung perisian di Itali) dan CircleServus LTD (syarikat perunding di Cyprus) bagi membina penyelesaian penjagaan kesihatan digital yang memanfaatkan kuasa Rantaian Blok VeChainThor.

Laman sesawang: www.i-dante.com/

Latar Belakang VeChain

Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus yang komprehensif, model ekonomi yang teguh dan penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco. Bersama rakan strategik kami PwC dan DNV GL, kami telah menjalin hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri-industri yang berbeza, termasuk Walmart China, BMW, BYD Auto, Haier, H&M, LVMH, D.I.G, ENN, AWS, PICC, ASI dan lain-lain.

Laman sesawang: www.vechain.com 

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/vechain-dan-i-dante-jalin-kerjasama-cipta-platform-pengurusan-data-perubatan-didayakan-rantaian-blok-untuk-penyedia-penjagaan-kesihatan-di-cyprus-1.jpg

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/vechain-dan-i-dante-jalin-kerjasama-cipta-platform-pengurusan-data-perubatan-didayakan-rantaian-blok-untuk-penyedia-penjagaan-kesihatan-di-cyprus.jpg

Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Blockchain Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE