Stenn Tutup Program $200 Juta Baharu Perluas Perkhidmatan Pembiayaan Perdagangan Digital

1920

LONDON, 12 Mei 2020 /PRNewswire/ — Stenn International Ltd., sebuah syarikat teknologi data dan kewangan yang menyediakan penyelesaian dalam talian yang inovatif kepada pembeli dan penjual dalam rantaian bekalan global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menutup kemudahan pembiayaan baharu yang bernilai $200 juta daripada Crayhill Capital Management LP (“Crayhill”), pengurus kredit persendirian dan pemberi pinjaman berasaskan aset yang berpangkalan di New York. Kemudahan ini melengkapi program pensekuritian belum terima akaun yang memenangi anugerah sedia ada Stenn, yang menyediakan pembiayaan kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.

Program baharu ini, Pendanaan Langsung Stenn (Stenn Direct Funding), membawa ciri ‘accordion’ yang besar dan distrukturkan untuk memudahkan akses kepada modal kerja untuk pelanggan baharu dan sedia ada melalui teknologi pendanaan dalam talian Stenn. Kemudahan baharu ini akan membantu menyediakan kecairan dan pengurusan aliran tunai kepada syarikat-syarikat global yang terjejas akibat pandemik coronavirus.  

Ditubuhkan pada tahun 2015, Stenn menyediakan pembiayaan yang mantap untuk perdagangan antarabangsa dalam pelbagai industri, membantu menangani ‘jurang pembiayaan perdagangan’ $1.5 trilion yang dikenal pasti oleh International Chamber of Commerce sebagai keperluan penting yang tidak dipenuhi dalam pembiayaan perdagangan global.

Greg Karpovsky, Pengasas Stenn, mengulas: “Kami berbesar hati untuk memperdalam perkongsian pembiayaan kami dengan Crayhill ketika syarikat-syarikat yang berdagang di peringkat antababangsa amat memerlukan akses kepada kecairan bagi menyambung semula perdagangan. Stenn berkedudukan unik untuk menyokong kumpulan pelanggan globalnya kali ini. Strategi jangka masa panjang kami bakal meluaskan kumpulan pelanggan kami dan jejak global dengan membina penyelesaian pendanaan digital yang boleh diskala dan membentuk hubungan yang mantap dengan rakan-rakan kongsi modal seperti Crayhill.”

Josh Eaton, Rakan Pengurusan Crayhill, mengulas: “Kami berasa gembira untuk memperluas dan mengukuhkan perkongsian kami dengan pasukan Stenn. Syarikat ini kukuh dari segi kewangan dan berkembang pesat, dengan tumpuan pada inovasi dalam program modal dan penghantaran perkhidmatan. Program Pendanaan Langsung Stenn mengukuhkan kedudukan utama dalam pasaran Stenn dalam pembiayaan perdagangan antarabangsa.”

Chris Rigby, Ketua Pembiayaan & Pasaran Modal Global Stenn, mengulas: “Program yang disokong aset baharu ini menyediakan Stenn dengan kapasiti pembiayaan tambahan yang besar secara komited, sekali gus menawarkan perkhidmatan untuk memperluas rangkaian produk dan jangkauan bidang kuasa Stenn dengan ketara. Program itu sendiri amat fleksibel dan menyediakan Stenn dengan laluan terus yang boleh diskala dan mesra pengguna ke pasaran dalam tempoh jangka panjang.”

Latar Belakang Stenn International Ltd.

Stenn International Ltd. ialah sebuah syarikat teknologi data dan kewangan berpangkalan di UK yang menyediakan pembiayaan yang fleksibel kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam perdagangan rentas sempadan. Penyelesaian pembiayaan perdagangan Stenn boleh diperoleh dan diurus secara dalam talian, mempercepatkan akses kepada kecairan untuk pembekal eksport di samping membolehkan pembeli import untuk membeli dengan syarat-syarat akaun terbuka. Amalan inovatif ini membolehkan Stenn untuk membuat pembiayaan dalam sektor dan wilayah geografi yang kini terabai dalam perdagangan global.

Stenn beroperasi secara global dengan pejabat-pejabatnya di Buenos Aires, Los Angeles, New York, Miami, London, Amsterdam, Brussels, Dusseldorf, Berlin, Mumbai, Singapura, Hong Kong, Guangzhou, Hangzhou, Qingdao dan Shanghai. Ketahui lebih lanjut di stenn.com atau ikuti Stenn di TwitterLinkedIn dan Facebook.

Latar Belakang Crayhill Capital Management

Crayhill Capital Management LP ialah sebuah firma pengurusan aset alternatif berpangkalan di New York yang mengkhusus dalam peluang-peluang kredit persendirian berasaskan aset. Firma ini dilancarkan pada Ogos 2015 dan didaftarkan dengan SEC A.S. sebagai penasihat pelaburan. Crayhill berusaha untuk membawa penyelesaian modal melalui struktur pembiayaan yang disesuaikan. Strategi pelaburan berasaskan asetnya memanfaatkan kepakaran dan hubungan sektor yang mendalam dalam seluruh pasaran pembiayaan berstruktur dan pembiayaan khas. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.crayhill.com atau emelkan kepada info@crayhill.com.

Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Accounting news, issues Corporate Expansion Data Analytics Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE