Sojern Lancar Papan Pemuka Pandangan Perjalanan COVID-19 Interaktif Baharu

3506

Data perjalanan masa sebenar sediakan pemasar perjalanan dengan instrumen yang diperlukan untuk memantau permintaan perjalanan dan rancangan ke arah pemulihan

SAN FRANCISCO, 13 Mei 2020 /PRNewswire/ — Sojern, penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian pemasaran perjalanan digital, hari ini melancarkan papan pemuka interaktif baharu yang memberi pandangan perjalanan COVID-19 masa sebenar. Pandangan ini akan memperkasa pelanggan Sojern, rakan kongsi dan pemimpin industri untuk meramalkan permintaan perjalanan dan membuat keputusan yang bermaklumat mengenai pemulihan pasaran. Sojern akan menyediakan akses bebas dan tanpa had kepada orang awam melalui laman sesawang Sojern, satu perkhidmatan yang hanya pernah diberikan oleh firma ini kepada pelanggan dan rakan kongsinya.

Papan pemuka tersebut, yang dikemas kini setiap hari pada jam 10:30 malam UTC, akan menyediakan butiran tahap pasaran mengenai trend carian dan tempahan akan datang yang diindeks pada tahap pra-COVID bagi memberi maklumat yang menyeluruh mengenai masa pemulihan di destinasi-destinasi tertentu. Penyedia perkhidmatan perjalanan boleh menggunakan pandangan ini untuk membantu menentukan waktu untuk membuka semula atau untuk mempercepatkan pemasaran bagi memperhebatkan pemulihan. Pengguna papan pemuka juga akan dapat membandingkan kawasan-kawasan berbeza bagi melihat waktu perjalanan cenderung untuk pulih dalam setiap pasaran.

Sojern memutuskan untuk menjadikan papan pemuka boleh diakses oleh orang awam disebabkan oleh populariti yang tidak dijangka yang dicetuskan oleh set data perjalanan unik kami. Orang ramai di seluruh dunia mencari data perjalanan masa sebenar untuk membantu mereka memahami kesan yang diberikan oleh COVID-19 terhadap ekonomi global dengan lebih baik.

Pengarah Pandangan Perjalanan Sojern Amber Kuo berkata, “Biasanya, kemas kini data secara mingguan mahupun bulanan berhubung bagaimana pengguna melakukan perjalanan boleh diterima untuk memaklumkan kempen pemasaran. Walau bagaimanapun, ketika berlakunya COVID, pemasar perjalanan berasa tertekan dan tidak pasti mengenai masa depan. Menyediakan maklumat terkini setiap hari dapat memberi lebih kawalan kepada pemasar kerana mereka dapat melihat bagaimana keadaan tersebut berubah dan waktu paling tepat untuk bertindak.”

Sojern mengumpul dan menganalisis data hasrat perjalanan daripada beribu-ribu rakan kongsi syarikat penerbangan dan hotel dari seluruh dunia untuk digunakan sebagai asas pandangan perjalanan Sojern. Data ini menyediakan pandangan yang tiada tandingan mengenai permintaan perjalanan dengan melihat pada laluan pengembara dalam talian untuk membeli.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.sojern.com/covid-19-insights.

Latar Belakang Sojern
Sojern (www.sojern.com) menyediakan penyelesaian pemasaran digital untuk industri perjalanan. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan dan dibina setelah menghabiskan masa selama lebih sedekad menganalisis data hasrat pengembara, Sojern mengaktifkan penyelesaian penjenamaan berbilang saluran dan pemasaran prestasi bagi mendorong permintaan langsung. Lebih daripada 10,000 hotel, tempat tarikan, lembaga pelancongan dan pemasar perkhidmatan perjalanan bergantung pada Sojern untuk melibatkan dan menukar pengembara di serata dunia.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/sojern-lancar-papan-pemuka-pandangan-perjalanan-covid-19-interaktif-baharu.jpg

Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Travel New products/services Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE