Samsung Perkenal Galaxy A21s – Tampil Dengan 4 Kamera & Kapasiti Bateri 5000mAh!!!!

365

Mesti peminat Samsung teruja apabila Samsung telah memperkenalkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy A21s.

Peranti ini tampil dengan skrin yang baik iaitu 6.5″ HD+ Infinity O Display dan memberikan tontonan yang baik kepada pengguna.

Dari aspek dalaman pula, ia dilengkapi dengan Octa Core ( Quad 2.0GHz + Quad 2.0GHz) dan dipadankan dengan RAM sehingga 4GB dan storan sebesar sehingga 64GB.

Kamera juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang. Manakala bagi kamera hadapan pula, ia tampil dengan 13MP.

Jika dilihat dari aspek kapasiti bateri pula, ia disertakan dengan 5000mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 15W.

Hadir dengan 4 varian warna iaitu hitam, putih, biru dan merah. Namun ketersediaan peranti ini masih belum diketahui.