Rindu Bufet Ramadan? Bufet Iftar Ramadan Kegemaran Anda Kini Dihantar Terus ke Pintu Rumah Anda!

251

 

Sempena bulan Ramadan, Fave telah melancarkan senarai 10 Tawaran Ramadan Klasik yang Terbaik untuk penghantaran menerusi kempen Buka Puasa dengan Fave ketika anda #DudukRumah. Pelanggan akan menikmati diskaun dan tawaran sehingga 45% untuk set Iftar bagi keluarga empat orang dan ke atas, serta pemulangan tunai sehingga 25% untuk pembelian seterusnya.

Dengan ini, anda kini boleh menikmati hidangan klasik Malaysia seperti Chicken Rendang, Kerabu Sotong, Ayam Masak Merah, Acar Rampai, dan pelbagai biskut dari bufet hotel kegemaran anda. Alangkah baiknya untuk menjamu selera di rumah sepanjang bulan mulia ini dengan penghantaran juadah Malaysia yang lazat ke pintu rumah anda!

Ramadan anda kini mungkin lebih ceria. Oleh itu, tunggu apa lagi? Jom rancang Iftar anda.