Realme Kini Rasmi Bagi Pasaran Tempatan – Dijual Pada Harga RM1399!!

325

Ini memang terbaik apabila realme kini telah melancarkan peranti terbaharu yang dikenali sebagai realme 6 Pro yang dijual pada harga RM1399.

Peranti ini bukan tampil dengan spesifikasi yang memukau apabila ia dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.6″ dan dihadirkan dengan kadar segar semula 90Hz yang nyata memberi tontonan terbaik.

Apa yang lebih mengagumkan apabila ia disertakan dengan cip pemproses yang berkuasa iaitu Snapdragon 720G dan dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Kamera juga sangat menajukbkan apabila ia dihadirkan dengan 64MP + 16MP + 8MP+ 2MP bagi kamera belakang. Manakala bagi kamera hadapan pula, ia tampil dengan 16MP + 8MP.

Kapasiti bateri juga sangat baik apabila ia tampil dengan 4,300mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Menariknya, peranti ini akan dijual secara atas talian pada 12 Mei di Lazada dan 16 Mei bagi pengedar rasmi di seluruh Malaysia.