Nak Try Siri OPPO Find X2 5G?? Jom Sertai Kempen LendX2Go!

554

Anda ingin mencuba sendiri kehebatan OPPO Find X2 Series 5G? Korang jangan risau sebab OPPO sekarang sedang melaksanakan kempen LendX2Go!

Seramai 100 orang akan dipilih untuk mencuba sendiri peranti ini. Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang OPPO bermula dari 21 sehingga 31 Mei. Untuk menyertai, pengguna haruslah 18 tahun ke atau dan perlu meletakkan deposit sebanyak RM3999bagi OPPO Find X2 5G dan OPPO Find X2 Pro 5G.

100 peserta yang terpilih boleh mengambil peranti mereka pada 1 hingga 7 Jun. Selepas 20 hari percubaan, peserta boleh membuat keputusan sama ada untuk memulangkan peranti tersebut dan menerima semula deposit, atau membeli peranti tersebut dengan diskaun sebanyak RM400 bagi Find X2 5G dan RM460 bagi Find X2 Pro 5G.

Pemilihan peserta berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. Trasaksi deposit mesti dilakukan secara offline di kedai terpilih, concept store atau flagship store. Bagi memastikan keselamatan, transaksi boleh dilakukan menggunakan kad kredit dan debit sahaja.

Bagi yang terpilih, anda dikehendaki berkongsi testimoni dan 5 keping hasing gambar dengan OPPO Find X2 watermark .