MediaTek Dimensity 820 Kini Dilancarkan! – Spesifikasi Memang Tip Top!

278

Seperti yang dkhabarkan, MediaTek kini telah melancarkan pemproses terbaharunya yang dikenali sebagai Dimensity 820.

MediaTek Dimensity 820 Infographic 0520

Menariknya, cip pemproses ini tampil dengan spesifikasi yang hebat apabila empat teras iaitu Arm Cortex-A76 sehingga 2.6GHz dan Arm Cortex-A55 sehingga 2GHz.

Menariknya, ia turut hadir dengan ARM Malu-G5. Cip Pemproses ini juga hadir dengan spesifikasi yang sesuai untuk bermain game apabila ia dihadirkan dengan HyperEngine 2.0.

Dari aspek imej pula, ia hadir dengan MediaTem Imagiq 5.0 yang memproses imej dan turut menyokong rakaman 4K HDR menerusi Multi Frame 4K video.

Turut dihadirkan apabila ia turut menyokong 5G NR (sub-6GHz) dalam satu cip modem. Uniknya, ia turut diseertakan dengan teknologi 5G UltraSave Network Environment Detection dan 5G UltraSave OTA Content Awareness.