Mahkamah Tinggi Keadilan United Kingdom Beri Celgard Injunksi Interim Terhadap Senior Halang Pengimportan Pemisah Bateri Ke UK

3403

CHARLOTTE, Carolina Utara, 13 Mei 2020 /PRNewswire/ — Celgard, LLC (Celgard), subsidiari Polypore International, LP (Polypore), baru-baru ini memfailkan permohonan untuk injunksi segera terhadap Shenzhen Senior Technology Material Co., Ltd. (Senior) di Mahkamah Tinggi Keadilan di London, England. Pada 7 Mei, secara ex parte, mahkamah UK memberi injunksi interim bagi menghalang Senior daripada mengimport pemisah bateri tertentu ke UK, yang akan dikekalkan sekurang-kurangnya sehingga perbicaraan substantif yang seterusnya terhadap Senior. Mahkamah UK juga membenarkan permohonan Celgard untuk mendapatkan perkhidmatan alternatif perintah injunksi terhadap Senior melalui entiti Amerika Syarikat (A.S.) Senior. Celgard akan meneruskan injunksi melalui perbicaraan dan dakwaannya atas penyalahgunaan rahsia perdagangan Celgard terhadap Senior.

CelgardĀ® dry-process coated and uncoated microporous membranes are used as separators in various lithium-ion batteries used primarily in electric drive vehicles (EDV), energy storage systems (ESS) and other specialty applications.
CelgardĀ® dry-process coated and uncoated microporous membranes are used as separators in various lithium-ion batteries used primarily in electric drive vehicles (EDV), energy storage systems (ESS) and other specialty applications.

Terdahulu pada 2 Mac, Celgard memfailkan Aduan terhadap Defendan-defendan Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (Senior-China), Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (US) Research Institute (Senior-California), Xiaomin (Steven) Zhang, Sun Town Technology, Inc., Global Venture Development, LLC, dan Global Venture Development, Inc. (secara bersama, Global Venture) (secara bersama, Defendan-defendan WDNC) di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Barat Carolina Utara (WDNC) atas penyalahgunaan rahsia perdagangan, amalan perdagangan yang tidak adil dan mengelirukan serta persaingan yang tidak adil, konspirasi sivil, pengayaan dan penukaran tidak adil. Selain itu, Celgard memfailkan Aduan Pindaan Kedua terhadap Defendan-defendan Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (US) Research Institute (Senior-California), Farasis Energy USA, Inc., Farasis Energy, Inc., Farasis Energy (Gan Zhou), Inc. dan Farasis Energy (Gan Zhou) Co., Ltd. (secara bersama, Farasis), Sun Town Technology, Inc., Global Venture Development, LLC dan Global Venture Development, Inc. (secara bersama, Global Venture) (secara bersama, Defendan-defendan NDCA) atas pelanggaran paten, pelanggaran kontrak dan pelanggaran perjanjian tersirat penuh percaya dan urus niaga yang adil di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Utara California (NDCA).  

Aduan WDNC mendakwa Defendan-defendan WDNC, termasuk bekas pekerja Celgard, Xiaomin (Steven) Zhang, kini merupakan Ketua Pegawai Teknologi Senior-China yang menukar namanya kepada Bin Wang atas permintaan Senior-China, dengan sengaja menyalahgunakan dan menyalahi undang-undang rahsia perdagangan dan maklumat sulit Celgard dan terus berbuat demikian. Beberapa pelanggaran undang-undang yang lain turut didakwa.

Aduan Pindaan Kedua NDCA mendakwa Defendan-defendan NDCA melanggar Paten Keluaran Semula Amerika Syarikat Celgard RE47,520 (paten ‘520), dahulunya Paten Amerika Syarikat 6,432,586 (paten ‘586), terhadap pemisah bersalut seramik dan Paten Amerika Syarikat Celgard No. Paten 6,692,867 (paten ‘867), terhadap pemisah polipropilena, serta beberapa pelanggaran undang-undang dan kemungkiran yang lain. Lihat Siaran.

Pada Disember 2019, Celgard memfailkan Aduan Pindaan Pertama dalam NDCA menambah Defendan-defendan Farasis, Sun Town dan Global Venture kepada tuntutan berkenaan. Lihat Siaran.

Pada September 2019, Celgard memfailkan tuntutan terhadap Senior yang menjual pemisah ke seluruh dunia yang dihasilkan oleh mereka di Shenzhen, China. Aduan Celgard mendakwa Senior telah melanggar paten ‘520 dan ‘867 A.S. Celgard terhadap pemisah bersalut seramik dan polipropilena dan menyalahgunakan rahsia perdagangan dan maklumat sulit Celgard secara menyalahi undang-undang, antara pelanggaran lain dan menuntut pampasan ganti rugi. Lihat Siaran.

Pada September 2019, Celgard berjaya menyelesaikan tuntutan mahkamah pelanggaran paten terhadap Targray International. Lihat Siaran. Celgard juga berjaya menyelesaikan dua tuntutan pada Jun 2019 terhadap MTI Corporation. Lihat Siaran.

Pemberian injunksi sementara dan hasil kejayaan kes-kes Targray dan MTI mengukuhkan lagi integriti harta intelek (IP) Celgard berhubung pemisah bersalut dan tidak bersalut untuk bateri ion-litium. Celgard akan terus menghalang eksploitasi tidak adil terhadap teknologi dan IPnya bagi melindungi aset dan pelanggannya.

Latar Belakang Celgard dan Polypore

Celgard mengkhusus dalam membran mikroliang proses kering bersalut dan tidak bersalut yang digunakan sebagai pemisah yang merupakan komponen utama bateri ion-litium. Teknologi pemisah bateri Celgard adalah penting untuk prestasi bateri ion-litium untuk kenderaan pemanduan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan aplikasi lain.

Celgard, LLC ialah subsidiari milik penuh Polypore International, LP, sebuah Syarikat Asahi Kasei.

Polypore ialah sebuah syarikat global yang mempunyai kemudahan di sembilan negara yang mengkhusus dalam membran mikroliang yang digunakan dalam kenderaan elektrik dan nanoelektrik, sistem penyimpanan tenaga dan aplikasi khusus. Kunjungi www.celgard.com dan www.polypore.com.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/mahkamah-tinggi-keadilan-united-kingdom-beri-celgard-injunksi-interim-terhadap-senior-halang-pengimportan-pemisah-bateri-ke-uk-1.jpg 
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/mahkamah-tinggi-keadilan-united-kingdom-beri-celgard-injunksi-interim-terhadap-senior-halang-pengimportan-pemisah-bateri-ke-uk.jpg

Keywords: Chemical Computer/Electronics Electrical Utilities Machinery Mining/Metals Utilities Legal issues Patent Law

Source: PRNEWSWIRE