MacBook Pro 13 Dengan Magic Keyboard Kini Rasmi!! – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM5599!!

308

Buat mereka yang meminati produk dari Apple, ada sesuatu yang menarik apabila merkea telah melancarkan satu lagi produk yang dikenali sebagai MacBook Pro 13″ yang mana ia di jual pada harga bermula dari RM5599.

Peranti ini dikuasakan oleh Intel Core i5 2.0GHz quad-core generasi ke-10. Antara yang menjadi sorotan pada peranti ini adlah papan kekunci buterfly MBP yang ada pada edisi terdahulu kini di tukar kepada Magic Keyboard.

Saiz skrin juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 13.3″ IPS Panel dengan resolusi sehingga 2560×1600. Ia turut dihadirkan dengan Intel Iris Plus Graphics.