Kempen Hari Raya Maxis Perlihat Sambutan Perayaan Dengan Kelainan Yang Tetap Bermakna

261

Tahun ini, Maxis mengingatkan kita tentang semangat sambutan Hari Raya yang tetap bermakna dengan pelancaran filem kempen Raya penuhnya. Filem mini ini menggabungkan filem 8D Audio pertamanya bertajuk Suasana Syawal Sempurna yang telah dilancarkan awal minggu ini. Ia menampilkan suara seorang anak muda bernama Haziq, yang mengambarkan kisah sebenar sambutan perayaan di Malaysia dari masa dulu dan kini.

Gambar-gambar dalam filem itu, yang kini disertakan dengan naratif 8D Audio, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia pernah mengalami keadaan Hari Raya yang tidak sempurna sebelumnya – dari bencana alam dan berjauhan dengan orang tersayang, ke lokasi yang kurang bernasib baik dan tidak dijangka – namun tetap mengadakan perayaan yang menggembirakan dan bermakna.

Maxis juga mengumpulkan kisah-kisah positif rakyat Malaysia dalam tempoh Raya ini, bekerjasama dengan rakan media kami, untuk dipaparkan di laman web micro Raya sebagai sumber inspirasi harian. Penyebaran kisah-kisah ini adalah sebagai peringatan tentang ketabahan dan semangat yang ada dalam diri kita dalam menghadapi masa yang mencabar, dan bahawa kita masih dapat merayakan Raya dengan sepenuh hati kerana #RayaTetapRaya.

Bergabung dengan Astro dan rakan lain, Maxis juga membantu mengedarkan 9,000 paket Bubur Lambuk kepada pekerja barisan hadapan dan komuniti yang memerlukan di seluruh lokasi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk meneruskan tradisi Ramadan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tonton filem untuk mengetahui lebih lanjut: https://www.youtube.com/watch?v=Q0vXGu8VBro. Anda juga boleh lawati www.maxis.com.my/rayatetapraya #RayaTetapRaya.