Glemser Technologies dan Arria NLG umum perkongsian strategik

1675

Mereka akan bersama-sama mempercepatkan keupayaan pelanggan farmaseutikal untuk membawa ubat-ubatan menyelamatkan nyawa ke pasaran melalui pengautomatan penulisan laporan perubatan dan pengawalseliaan 

NEW YORK, 20 Mei 2020 /PRNewswire/ — Arria NLG, penyedia yang terkemuka bagi teknologi Penjanaan Bahasa Tabii (NLG), hari ini mengumumkan satu kolaborasi dengan Glemser Technologies untuk membawa penyelesaian pengautomatan boleh diskala dan kecekapan utama kepada syarikat-syarikat penjagaan kesihatan dan farmaseutikal. Glemser akan meningkatkan Amalan Sains Hayat globalnya dengan penyelesaian Penjanaan Bahasa Tabii yang dikuasakan oleh teknologi Arria.

Glemser leverages Arria NLG artificial intelligence technology to dramatically accelerate clinical trial and regulatory reporting.
Glemser leverages Arria NLG artificial intelligence technology to dramatically accelerate clinical trial and regulatory reporting.

“Jalinan kerjasama dengan Arria untuk menyediakan pelanggan kami dengan cara untuk mengautomasikan penulisan laporan perubatan dan pengawalseliaan merupakan satu pilihan yang dijangkakan,” kata Ray Glemser, Ketua Pegawai Eksekutif. “NLG membolehkan syarikat-syarikat untuk menjimatkan masa dan wang dengan ketara di samping meningkatkan kebolehskalaan dan kecekapan. Teknologi perintis Arria akan mengubah cara pelanggan kami membawa ubat-ubatan yang menyelamatkan nyawa ke pasaran.”

Selama lebih 30 tahun, Glemser menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan sains hayat dengan memastikan kualiti produk, meningkatkan pematuhan kawal selia dan memperoleh kecekapan operasi. Glemser memahami cabaran unik yang dihadapi oleh syarikat-syarikat farmaseutikal. Membawa ubat ke pasaran boleh menjadi suatu proses yang sukar, mahal dan memakan masa yang lama. Syarikat-syarikat farmaseutikal sentiasa perlu melapor kepada pengawal selia, kerajaan dan pengguna mengenai keberkesanan dan keselamatan ubat. Mereka sentiasa berada dalam keadaan tertekan untuk membawakan ketelusan, kebertanggungjawapan dan inovasi yang ditingkatkan dalam proses pembangunan ubat-ubatan mereka dan dalam masa yang sama tidak melebihi belanjawan yang diperuntukkan. Melalui aplikasi teknologi yang strategik, Glemser komited untuk membantu pelanggan mereka memodenkan proses pembangunan ubat-ubatan mereka.

Dengan mengautomasikan beberapa laporan yang paling memakan masa — seperti Laporan Keselamatan Klinikal (CSR), Laporan Pematuhan, Pengesanan Peristiwa Buruk dan laporan pengawalseliaan lain — firma-firma boleh meraih penjimatan kos dan membebaskan penulis perubatan mereka daripada kerja yang memakan masa yang paling terdedah kepada kesalahan manusia. Pelaporan yang lebih pantas bererti mereka dapat mengemukakan penemuan kepada pihak berkuasa kawal selia dengan lebih pantas. Ketepatan yang lebih baik terlebih dahulu dalam proses pelaporan bererti pematuhan yang lebih baik dan kelulusan kawal selia yang lebih pantas.

“Kita berada dalam saat yang genting, melihatkan peristiwa dunia pada hari ini, apabila keupayaan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk meningkatkan kecekapan dan kepantasan untuk dibawa ke pasaran menjadi lebih penting berbanding sebelum ini,” kata Sharon Daniels, Ketua Pegawai Eksekutif Arria. “Kolaborasi kami bersama Glemser merupakan satu laluan untuk mempercepatkan proses membuat keputusan dan masa untuk mendapatkan pandangan buat syarikat-syarikat yang berusaha untuk membawa rawatan yang menyelamatkan nyawa kepada pesakit dengan lebih pantas.”

Ketahui lebih lanjut 

LATAR BELAKANG ARRIA 
Arria ialah peneraju global bagi Penjanaan Bahasa Tabii (NLG)—yang mengubah data berstruktur kepada bahasa tabii. Melalui algoritma dan pemodelan, perisian Arria mereplikasi proses manusia yang menganalisis dan menyampaikan pandangan data dengan mahir—menukar data secara dinamik kepada naratif bertulis atau lisan—pada kepantasan mesin dan skala besar-besaran. 

Arria mempunyai penumpuan tertinggi dalam kepakaran NLG di dunia dan mempunyai portfolio paten yang semakin berkembang dengan 28 paten NLG utama. Kumpulan pelanggan perusahaan antarabangsa utama Arria yang berkembang pesat — termasuk perbankan, perkhidmatan kewangan, insurans, farmaseutikal, barangan produk pengguna, berita dan media — kini menggunakan pelaporan automatik dipacu NLG dalam organisasi-organisasi global mereka yang menggunakan Platform Studio NLG Arria. Maklumat tambahan disediakan di www.arria.com.

Hubungan Media: Lyndsee Manna
Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perkongsian
Lyndsee.manna@arria.com

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/1170187/Arria_NLG_Glemser.jpg 
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/glemser-technologies-dan-arria-nlg-umum-perkongsian-strategik.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts

Source: PRNEWSWIRE