Excelra bakal Sediakan Lawrence Livermore National Laboratory Dengan Data Kecerdasan Kimia Perubatan Molekul Kecil Bantu Bangunkan Platform Reka Bentuk Ubatan

2240

HYDERABAD, India, 19 Mei 2020 /PRNewswire/ — Di bawah perjanjian tiga tahun, Excelra – sebuah syarikat data dan analitik global yang terkemuka – akan menyediakan Lawrence Livermore National Laboratory (LLNL) dengan GOSTAR, pangkalan data kecerdasan kimia perubatan molekul kecil bagi membantu projek-projek reka bentuk ubat-ubatan. Platform ini akan menyokong matlamat konsortium Accelerating Therapeutics for Opportunities in Medicine (ATOM), yang berusaha untuk mengurangkan proses penemuan ubat-ubatan dari enam tahun kepada setahun.

Excelra akan memberi LLNL (ahli konsortium ATOM) dengan akses penuh kepada GOSTAR – repositori luas dengan kira-kira 8 juta sebatian penemuan molekul kecil dan kira-kira 40,000 calon praklinikal/klinikal serta ubat-ubatan yang diluluskan. Selain daripada kemas kini data secara berkala, Excelra akan turut menyediakan sokongan kurasi tersuai dan persediaan data untuk pemodelan AI/ML berdasarkan keperluan.

GOSTAR ialah platform kecerdasan kimia perubatan molekul kecil yang terbesar di dunia yang memberi gambaran keseluruhan yang komprehensif terhadap berjuta-juta sebatian, menghubungkan struktur kimia kepada aktiviti-aktiviti biologi, farmakologi dan terapeutik. Ia membantu dalam peringkat awal dan pengoptimuman penemuan ubat-ubatan.

Jonathan Allen, Saintis Bioinformatik LLNL dan Ketua Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ATOM berkata: “Data percubaan yang dipilih khas untuk menyokong kerja-kerja pemodelan pengkomputeran merupakan unsur penting dalam rancangan penemuan praklinikal ATOM. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan GOSTAR dan memanfaatkan kepakaran Excelra bagi meningkatkan ramalan sifat molekul kecil yang didorong oleh data.”

Raveendra Dayam, Pengarah Perkhidmatan Kimia, Excelra berkata: “GOSTAR membolehkan penyelidik penemuan menavigasi melalui interaksi molekul kecil yang diketahui dan diukur dengan sasaran ubat-ubatan yang mewakili bidang biologi yang luas. Kami gembira dapat bekerjasama dengan LLNL untuk menyokong platform reka bentuk ubat-ubatan mereka yang bertujuan untuk memendekkan garis masa penemuan ubat-ubatan.”

Latar Belakang ATOM :

Konsortium Accelerating Therapeutics for Opportunities in Medicine (ATOM) ialah satu perkongsian awam-swasta dengan misi untuk mentransformasikan penemuan ubat-ubatan dengan mempercepatkan pembangunan terapi yang lebih berkesan untuk pesakit. Matlamat ATOM adalah untuk mengubah penemuan ubat-ubatan daripada proses yang perlahan, berturutan dan dengan kadar kegagalan yang tinggi kepada model pantas, bersepadu dan bertumpu pesakit. Konsortium ini mengintegrasikan pengkomputeran berprestasi tinggi, pelbagai data biologi dan bioteknologi baru muncul bagi mewujudkan platform pra-kompetitif baharu untuk penemuan ubat-ubatan. Kunjungi www.atomscience.org

Latar Belakang Excelra: 

Penyelesaian data dan analitik Excelra memperkasa inovasi dalam sains hayat. Excelra Edge terhasil daripada penggabungan lancar antara aset data proprietari, kepakaran domain dan sains data untuk mempercepatkan penemuan serta pembangunan ubat-ubatan. Kunjungi www.excelra.com

Hubungi: 
Dorothy Paul – Pengarah Pemasaran
Tel: +91-9908130236
dorothy.paul@excelra.com

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/excelra-bakal-sediakan-lawrence-livermore-national-laboratory-dengan-data-kecerdasan-kimia-perubatan-molekul-kecil-bantu-bangunkan-platform-reka-bentuk-ubatan.jpg

Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Contracts Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE