Bantu Mereka Yang Memerlukan Menerusi Kempen Kasih Ramadan Oleh Fave!!

343

Di bulan Ramadan yang mulia ini, Fave melaksanakan kempen membantu mereka yang memerlukan menerusi kempen Kasih Ramadan. Anda boleh membantu dengan membeli hidanan Ramadan bagi komuniti yang terkesan di Malaysia.

Fave telah menyediakan program pemadanan makanan yang pertama seumpamanya bagi membantu 1,000 pelarian, keluarga, dan pekerja gaji harian yang menghadapi kesukaran mendapat makanan sepanjang Ramadan ini akibat pandemik Covid-19. Lebih 600 set makanan telah diagihkan kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah dalam beberapa hari lalu, bersamaan dengan satu hidangan makan malam untuk 150 keluarga berempat.

Berbekalkan sokongan rakyat Malaysia, anda boleh membeli set makanan daripada tiga restoran ditetapkan di laman web ‘Kasih Ramadan’ untuk keluarga terdiri daripada lima atau sepuluh orang. Makanan ini akan diagihkan kepada tiga organisasi kebajikan, iaitu Al-Hasan Volunteer Network, Pertiwi Soup Kitchen, dan NGOHub. Pengguna Fave boleh membuat sumbangan kepada keluarga-keluarga ini dengan membeli tawaran bernilai RM60 atau RM110.

Jika anda ingin menyertai inisiatif ini:

  1. Beli makanan dari koleksi Kasih Ramadan. Anda boleh memilih sebanyak mungkin set mengikut kehendak anda.
  2. Hantarkannya sebagai hadiah kepada kasih@myfave.com, nyatakan sebagai Derma dalam ruang di bawah nama penerima.
  3. Sertakan mesej ikhlas anda.