Adakah Ini Rekaan HONOR X10?

315

Para peminat dan pengemar peranti pintar kini masih sedang berteka-teki bagaimanakah rupa paras peranti HONOR X10 yang bakal dilancarkan pada 20 Mei ini.

Menerusi gambar yang terdedah di laman sesawang Weibo memperlihatkan panel belakang yang mana susunan kameranya dihadirkan pada kotak segi empat tempat. Dihadirkan dengan 3 kamera dan flash.

Sungguhpun begitu, tiada imej yang terdedah mengenai gambaran hadapan peranti ini. Justeru, kita kena tunggu pada hari pelancaran untuk melihat sejauh mana kesahihannya.