Speaker Stereo Samsung Galaxy S20 Ultra Catat Skor Sebaik ROG Phone II !!!

463

Samsung Galaxy S20 Ultra pastinya antara peranti yang terbaik di pasaran pada ketika ini. Buktinya, speaker stereo telefon ini telah menerima skor sebanyak 69 point dari DXOMARK bagi prestasi audionya.

Ia sekaligus mencatatkan skor yang sama dengan peranti gaming ROG Phone II. Menerusi skor yang dipaparkan, Galaxy S20 Ultra mencatat 71 point bagi keupayaan memainkan semula audio dan 65 point bagi rakaman video.

Harga Samsung Galaxy S20 Ultra ini tampil dengan spesifikasi yang terbaik apabila hadir dengan pemproses Exynos 990, RAM12GB LDDR5, storan 128GB UFS 3.0 dan kamera utama08MP + 12MP + 48MP + 3D ToF.  Ia dijual pada harga RM4999.