Pra Tempahan MSI GF63 THIN Baharu Boleh Dilakukan Bermula Hari Ini Sehingga 15 April!!!

243

Kepada mereka yang ingin memiliki komputer riba terbaharu dari MSi iaitu GF63 THIN yang baharu, anda boleh membelinya melalui pra-tempahan bermula 2 April sehingga 15 April pada harga bermula dari RM4399.

Dengan pembelian pra-tempahan tersebut, anda akan menerima MSI Black Sport Bottle ekslusif sementara stock masih anda.

GF63 THIN yang baharu ini tampil dengan spesifikasi yang menakjubkan apabila ia tampil dengan pemproses generasi ke 10 Intel i5 dan i7 dan dipadankan dengan NVIDIA GTX 1650 Max-Q graphics. 

Ia turut dihadirkan dengan 512GB super-speed PCIe NVMe SSD dan 8GB DDR4 RAM. pembelian komputer riba ini akan mendapat 2 tahun jaminan tempatan.

Bagi melakukan pra-tempahan, anda boleh klik di sini.