HUAWEI Watch GT 2e Turut Rasmi!! Dijual Pada harga RM599.

362

Bukan hanya siri HUAWEI P40 dilancarkan di Malaysia, tetapi HUAWEI Watch GT 2e turut bakal menjengah pasaran tempatan yang mana ia bakal dijual pada harga RM599.

Jam tangan ini tampil  dengan skrin 1.39″ AMOLED berbentuk bulat. Ia turut dikuasakan oleh pemproses Kirin A1 dan dipadankan dengan 16MB RAM, storan sebesar 4GB. bateri juga agak besar apabila ia disertakan dengan  455 mAh yang mana ia mampu bertahan sehingga 2 minggu. 

Hadir dengan pengimbas nadi optikal, GPS dan pengesan tahap oksigen dalam darah. JAnda juga boleh mengesan sehingga 100 aktiviti sukan yang dilakukan pemakai. TIa mampu bertahan  sehingga 50 meter. 

bagi yang ingin membeli, pratempahan dibuka bermula esok sehingga 10 April 2020.