Tips Perkakasan Komputer Untuk Anda Yang Bekerja Dari Rumah

573

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat-kuasa. Ramai dari kita melakukan tugasan dan kerja pejabat dari rumah, dengan berita terbaru bahawa perintah ini dilanjutkan sehingga 14 Februari 2020, pasti anda tercari-cari cara dan tips untuk kekal produktif sepanjang melakukan kerja di rumah.

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang mampu menyumbang kepada tinggi dan rendah produktiviti di rumah. Pada artikel ini kami mahu membincangkan serba sedikit pilihan perkakasan yang sesuai digunakan ketika melakukan kerja di rumah.


Kuasa dan Kapasiti Bateri
Apabila anda memilih ruangan untuk bekerja, ia seharusnya selesa untuk anda dan juga ergonomik. Namun kadang kala ruangan ini mungkin tiada sambungan kuasa dan agak leceh untuk anda mencari dan menyambungkan komputer riba anda kepada plag kuasa.

Saranan kami, adalah untuk anda mendapatkan sebuah komputer riba yang mempunyai kapasiti bateri yang mampu bertahan sepanjang anda melakukan kerja. Lebih baik lagi jika komputer riba ini menyokong fngsi pengecasan pantas. Jadi mobiliti anda tidak terbatas ketika peranti dicas.

Acer Aspire 3 hadir dengan bateri yang mampu memperkuasakan komputer riba ini sepanjang 7.5 jam dengan satu cas penuh. Jika anda mahukan kuasa yang bertahan lebih lama, mungkin anda patut menimbangkan Acer Swift 5 yang mampu bertahan selama 11 jam.

Prestasi Mantap
Anda mungkin merasakan bahawa komputer riba yang biasanya anda gunakan untuk menonton Netflix berfungsi dengan sempurna. Walau bagaimanapun, apabila melaksanakan tugas semasa bekerja dari rumah, masalah lagging dan crash mula muncul. Ini mungkin kerana komputer riba anda mempunyai cakera keras HDD, RAM yang rendah dan cip pemproses yang tidak mampu melakukan multitasking.

Bagi menyokong kerja yang menggunakan tab pelayaran yang banyak ataupun spreadsheet mahupun program yang berat, kami mencadangkan untuk anda mendapatkan peranti yang dilengkapi sekurang-kurangnya Intel® Core™ i7, kad grafik khusus, 512GB SSD dan 8GB RAM untuk produktiviti tanpa kompromi.

Acer Nitro 5-inci mempunyai sema ciri yang kami sebutkan. Dilengkapi dengan NVIDIA® GeForce® GTX 1660Ti beserta paparan IPS yang menyokong sehingga 120Hz refresh rate, anda juga boleh menggunakannya untuk bermain permainan video selepas kerja anda selesai. Di samping itu, anda boleh menaik taraf komputer riba sekiranya anda memerlukan ruang storan yang lebih besar atau RAM yang lebih besar. Jika anda mencari skrin yang lebih besar, Acer Nitro 5 dilengkapi dengan pilihan 17.3 inci yang menyokong sehingga 144Hz refresh rate.

Paparan Kedua Yang Lebih Besar
Anda mungkin sudah terbiasa menggunakan paparan yang lebih besar di pejabat anda, dan merasakan paparan 15.6 inci tidak mencukupi untuk anda melakukan kerja spreadsheet, kami ada solusinya.

Anda boleh mempertimbangkan untuk menambah paparan kedua untuk lebih banyak ruang paparan untuk kerja anda. Sebagai peringatan, sila pilih monitor yang boleh muat di atas meja anda! Jika tidak, monitor tersebut boleh juga digantung dengan sokongan soket VESA.

Monitor Acer KG241QA 24-inci akan kelihatan bagus untuk disesuaikan dengan kebanyakan meja, dan anda boleh memasangnya ke dinding melalui soket dan pendakap VESA.

Peranti yang dicadangkan di atas boleh anda dapatkan melalui stor rasmi atas talian Acer (stok terhad).

Bersempena dengan jualan ulang tahun Lazada, terdapat promosi tambahan untuk Acer Aspire 3 (A315-55G541R) dan Acer Nitro 5 (AN517-51-73JS) pada 27 Mac. Pelanggan yang membeli model Acer pilih dari 1 Februari hingga 31 Mac 2020 berhak untuk menebus hadiah percuma Acer Malaysia ke-30 di https://www.a-redemption.com/ .