Tingkatkan Kualiti Pembelajaran Dengan Produk JOI®

329


Jenama JOI® nampaknya sudah memulakan satu langkah strategi baru melalui perubahan fokus kepada alat bantuan pengajaran secara digital. JOI® yang sudah bertapak di Malaysia buat beberapa tahun telah memperkenalkan beberapa peranti bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih interaktif dan menyeronokkan. Pastinya peranti ini akan memudahkan kerja guru-guru di dalam penyediaan dan penyampaian bahan pembelajaran.

JOI® Smartboard

Sudah tiba masanya kita menggunakan teknologi terkini dalam medium pembelajaran antara Guru dan murid. JOI® memperkenalkan peranti paparan yang dikenali sebagai Smartboard. Ia menjadi penganti kepada papan tulis, lantas mencipta satu ruang pembelajaran berbentuk interaktif di dalam kelas.

JOI® Smartboard dikuasakan oleh pemprosesan Intel® Core™, dan yang paling menarik sekali ia juga menyokong sistem operasi Android. Pelbagai aplikasi Android seperti pelayar internet, Finder, Keeper, WPS Office dan lain-lain tersedia ada didalamnya bagi memudahkan guru menyedia dan menyampaikan bahan pembelajaran.

Intel NUC

Bagi mereka yang sedang tercari-cari sistem komputer kompak dan mudah alih, JOI® NUC merupakan peranti yang sesuai untuk anda. Saiz ukuran 4X4 inci memudahkan anda membawa sistem komputer peribadi ini kemana sahaja dan memudahkan penggunaan dalam pelbagai tujuan.

Intel® NUC dilengkapi dengan pelbagai konfigurasi spesifikasi mengikut keperluan anda. Sila rujuk imej di bawah untuk melihat spesifikasi dan harga yang ditawarkan.

JOI® menawarkan pelbagai Peranti yang sesuai bagi organisasi seperti institusi pengajian dan korporat dalam menjalankan pelbagai tugasan digital. Layari laman sesawang JOI® untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut .

Intel® Core i9

JOI® juga memperkenalkan komputer beraplikasikan permainan yang mempunyai pemprosesan Intel® Core generasi ke-9, iaitu JOI® BOX 300 dan JOI® BOX 500.

Pemprosesan Intel® Core™ generasi ke 9 lebih berkemampuan dan mempunyai pemprosesan yang lebih baik dari generasi sebelumnya. Dilengkapi dengan teknologi Intel® Core™  Turbo Boost 2.0 membolehkan cip ini mencapai frekuensi turbo sehingga 5.0 GHz. Kemampuan cip ini dipertingkatkan lagi dengan Intel® Hyper Threading 8 teras bagi mencapai potensi paling optimum.

Dari artikel ini, anda mungkin tidak menyangka JOI® merupakan salah satu teknologi Di Malaysia. JOI® melancarkan pelbagai peranti teknologi. Jika anda mahu mengikuti perkembangan JOI®, anda boleh melakukannya melalui saluran ini:

Laman web rasmi JOI®:  https://www.joi.com.my/

Kedai atas talian JOI®: https://www.joi.com.my/store

Nombor WhatsApp: http://bit.ly/SNSHotlineWhatsApp
Nombor WhatsApp: http://bit.ly/SNSHotlineWhatsApp