Syarikat Greek Selesaikan Isu Ketersediaan Global Produk Sensitif COVID-19 di Farmasi dan Kedai Runcit Dalam Talian

2413

Penyelesaian Dilaksanakan di Peringkat Global oleh Firma Teknologi Convert Group   

ATHENS, 17 Mac 2020 /PRNewswire/ — Berasal dari sebuah negara kecil yang bangkit semula daripada salah satu kemelesetan yang paling sukar dan paling melelahkan dalam sejarah, yang mana data, analitik & bakat pengekodan tetap menjadi sangat kukuh, Convert Group, sebuah firma teknologi Greek, memperkenalkan satu penyelesaian untuk salah satu cabaran paling penting bagi kekalutan runcit COVID-19: ketersediaan dan turun naik harga produk-produk sensitif COVID-19 dalam Farmasi Dalam Talian & Kedai Runcit Dalam Talian. Platform-platform Convert Group telahpun dilaksanakan dengan melakar kejayaan yang luar biasa di Itali, Sepanyol dan Greece dengan kerjasama bersama 10 daripada 15 firma Penjagaan Kesihatan Pengguna dan FMCG multinasional yang terbesar seperti RB (Dettol)Johnson & JohnsonGSK, Henkel, Bayer, Unilever, Beiersdorf, Barilla, Abbott, P&G, L’Oreal, Nestle, FrieslandCampina, Colgate Palmolive, The Coca-Cola Company dan lain-lain. Hari ini, firma berkenaan mengumumkan pembukaan infrastruktur mereka di seluruh dunia di bawah model Perisian Perusahaan-sebagai-satu-Perkhidmatan agar lebih banyak pengeluar dapat dilihat menerusi kehadiran rak digital mereka. Pendekatan menuju-ke-pasaran oleh Convert Group hanya memerlukan 5 hari persediaan memandangkan algoritma Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin mereka melakukan kebanyakan kerja.

Convert Group Data Engineers and Scientists Working at their HQ in Athens, Greece.
Convert Group Data Engineers and Scientists Working at their HQ in Athens, Greece.

“Pasaran eDagang FMCG & Penjagaan Kesihatan Pengguna global bernilai €280Β bagi tahun 2020 menurut Nielsen,” ulas Panayotis Gezerlis, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Convert Group. Hari ini kami dapat menyaksikan kenaikan permintaan sebanyak lebih 2.000% setiap minggu bagi produk-produk berkaitan COVID-19 seperti Antiseptik dan Topeng Muka, lebih 100% bagi spageti, beras dan produk kebersihan serta kira-kira 50% makanan tambahan dan juga vitamin.” Rakan kongsi beliau Elena Chailazopoulou, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Inovasi Produk, menambah: “Pengeluar-pengeluar produk FMCG & Penjagaan Kesihatan Pengguna pada hari ini menghadapi cabaran yang amat besar dalam memantau kehadiran rak digital mereka, ketersediaan produk serta penentuan harga habis jual. Pembelian dalam talian melambung tinggi di seluruh dunia dan hal berkenaan membawa kepada kehabisan stok dan peningkatan harga secara mendadak yang amat menyukarkan buat komuniti global dalam perjuangan mereka terhadap COVID-19. Kami berasa amat gembira untuk menawarkan teknologi terbukti kami kepada Pengeluar-pengeluar di seluruh dunia, susulan pelancaran kami yang membuahkan hasil di Itali, Sepanyol & Greece.”

Convert Group mengendalikan projek-projek di dalam 9 buah negara dan berkembang ke lebih banyak negara di Eropah, Asia-Pasifik, Amerika Latin & Amerika Utara menurut rancangan pertumbuhan yang sangat besar, disokong oleh firma-firma modal teroka dan pelabur-pelabur persendirian. Mereka mempunyai sebuah pasukan yang terdiri daripada 45 saintis data, jurutera, perunding & penganalisis berbakat, menginovasi pada segenap sisi dalam eDagang & jualan runcit omnisaluran menerusi platform-platform Audit eRuncit Kandungan eRuncit mereka.

Hubungan akhbar
Convert Group
Labrini Bena
Komunikasi & Perhubungan Awam
T: +30-215-215-0532
Emel: lbena@convertgroup.com  

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Economic news, trends, analysis New products/services Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE