Siri HUAWEI P40 Menandakan Era Fotografi Berwawasan

1633

SHENZHEN, China, 27 Mac 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, Huawei Consumer Business Group mengumumkan HUAWEI P40 Pro+, HUAWEI P40 Pro dan HUAWEI P40, menampilkan inovasi kamera perintis dengan pengembangan radikal kemungkinan fotografi mudah alih dan rakaman video.

HUAWEI P40 Pro in Ice White and Black
HUAWEI P40 Pro in Ice White and Black

Siri HUAWEI P40 meneruskan warisan kecemerlangan pengimejan siri ini. Sensor 1/1.28-inci yang besar mendorong kemasukan cahaya yang sangat banyak untuk prestasi cahaya-rendah yang dipertingkat, manakala reka bentuk periskop baharu merealisasikan zum optik 10x yang sebenar. Siri P40 dikuasakan oleh Kirin 990 5G dan menyokong 5G dan Wi-Fi 6 Plus yang berkelajuan tinggi.

Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer BG: “Siri P HUAWEI P sentiasa mengenai nilai estetika yang inovatif dan menjadikan perkakasan pengimejan premium boleh diakses, menonjolkan yang terbaik daripada reka bentuk perindustrian dan teknologi. Dengan sensor yang cemerlang, sistem kamera yang bersama-sama direkayasa oleh kami dengan Leica, cip set berkuasa dan HUAWEI XD Fusion Engine, Siri HUAWEI P40 mencerminkan fokus kami dan menawarkan pengalaman Definisi Super sepanjang hari bagi membantu pengguna merealisasikan wawasan kreatif mereka.”

HUAWEI P40 Pro dan P40 Pro+ menampilkan Paparan Limpah Kuad-Lengkung HUAWEI. Paparan ini mengambil kelebihan bahagian tepi melengkung pada keempat-empat sisi, manakala bezel yang amat sempit dan penjuru bulat yang diperkemas memastikan pegangan yang ergonomik dan rupa yang hampir tidak bersempadan. Pembaca cap jari pada skrin yang dipertingkat menawarkan pengesahan biometrik 30 peratus lebih pantas.

Disediakan dalam tiga kemasan kaca berkilau – Ice White, Deep Sea Blue dan Hitam – dan dua kemasan kaca kusam biasan yang inovatif – Blush Gold dan Silver Frost, HUAWEI P40 Pro dan P40 menonjolkan nilai keanggunan. HUAWEI P40 Pro+ menampilkan panel belakang seramik teknologi nano hebat yang ditanur dan digilap bagi memastikan ia dapat bertahan dalam tempoh yang lama dengan ketahanan dan gaya abadi yang luar biasa. Reka bentuk unik ini didatangkan dengan dua warna ikonik: Putih Seramik dan Hitam Seramik.

Dibenamkan dalam Siri HUAWEI P40 ialah sistem kamera Ultra Vision Leica yang canggih, disediakan dengan konfigurasi tiga kamera, empat kamera dan lima kamera. HUAWEI P40 membawakan hasil fotografi luar biasa dengan kanta bersudut ultra luas, sudut luas dan telefoto. HUAWEI P40 Pro menampilkan evolusi Kamera Kuad Leica dengan Kamera Filem Ultra Luas dan Kamera ToF yang lebih berkuasa berserta Zum SuperSensing 50x. HUAWEI P40 Pro+ membolehkan pengguna melihat sesuatu yang belum pernah berlaku dengan SuperZoom Array, yang menyokong zum optik sebenar 10x dan zum digital maksimum 100x.

Siri HUAWEI P40 dikuasakan oleh Kirin 990 5G untuk membawakan sambungan 5G bersepadu dengan sokongan jalur 5G yang paling komprehensif, prestasi AI dan kecekapan kuasa yang mantap. Kegerakbalasan paparan dibawa ke tahap seterusnya melalui enjin penonjolan grafik dinaik taraf yang memanfaatkan sepenuhnya panel 90Hz pada HUAWEI P40 Pro dan P40 Pro+.

Sistem pengendalian EMUI 10.1 memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang mendayakan kehidupan AI yang lebih beraneka dan lebih lancar. Ia turut menyediakan panggilan video HD Penuh 1080p HUAWEI MeeTime[1] dan Huawei Share untuk sambungan satu sentuhan merentas peranti.

Siri HUAWEI P40 akan disediakan dalam pasaran-pasaran terpilih.

1. Ciri ini akan disediakan melalui kemas kini HOTA. HUAWEI MeeTime disokong di Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/03/siri-huawei-p40-menandakan-era-fotografi-berwawasan.jpg

Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Retail Telecommunications New products/services

Source: PRNEWSWIRE