Revolusi HUAWEI P-Siri Dengan Leica

456

HUAWEI, salah satu pengeluar telefon utama dunia, memang sudah sinonim dengan kerjasama mereka Leica, pengeluar kamera terkenal dari Jerman. Pada awal kerjasama ini, mereka menghasilkan model HUAWEI P9.

Dengan pelancaran model terbaru, P40 pada 26 Mac, mari kita imbau kembali evolusi HUAWEI P-Siri bersama Leica.

Huawei P9

Pada bulan Mei 2016, HUAWEI memperkenalkan dua telefon pintar utama sebagai sebahagian daripada siri P9 mereka, iaitu HUAWEI P9 dan HUAWEI P9 Plus. Kedua-duanya adalah telefon HUAWEI pertama yang menawarkan dua kamera belakang, di mana HUAWEI telah bekerjasama dengan pembuat kamera terkenal Jerman, Leica.

HUAWEI P9 hadir dengan skrin LCD penuh HD-5.2 inci, dan dilancarkan dengan varian 3GB dan 4GB RAM. Manakala HUAWEI P9 Plus hadir dengan panel HD Super AMOLED penuh 5.5-inci, dan dilengkapi dengan RAM 4GB.

Huawei P10

Ketika HUAWEI P10 dilancarkan pada Februari 2017, tidak banyak peranti yang mampu menandingi kemampuan fotografi peranti ini. Dengan dua lensa kamera Leica (12MP RGB + 20MP monokrom) HUAWEI P10 merupakan antara peranti awal yang mampu memberikan efek bokeh yang baik.

Siri P10 cip HUAWEI Kirin 960 SoC 64-bit-octa-core. Bersama-sama 4GB RAM, manakala P10 Plus mempunyai variasi 4GB dan 6GB RAM.

HUAWEI P20

Apabila siri HUAWEI P20 dilancarkan pada bulan Mac 2018, siri ini sudah sinonim dengan fungsi fotografi yang hebat. Pada model ini, HUAWEI mula mengetengahkan peranti yang dipacu oleh teknologi AI.

Siri HUAWEI P20 dilengkapi dengan kamera tambahan, menjadikannya tiga – dan HUAWEI P20 Pro adalah telefon pintar pertama untuk mempunyai sistem kamera tiga lensa: 40MP (RGB, F / 1.8 aperture), 8MP (telephoto, F / 2.4 bukaan) dan 20MP (monochrome, F / 1.6 aperture).

HUAWEI P30


HUAWEI menambah keupayaan telefon pintar mereka ke peringkat seterusnya apabila mereka melancarkan siri HUAWEI P30 di Paris, pada Mac 2019. Masih ingat respon dari pasaran apabila mereka pemperlihatkan gambar bulan yang diambil menggunakan HUAWEI P30 Pro’s 50x Super Zoom.

Sistem kamera gaya periscope adalah sebahagian daripada keunikan kamera belakang HUAWEI P30 Pro yang juga hadir dengan lensa 40MP + 20MP + 8MP dan satu sensor ToF. Pada satu ketika, HUAWEI P30 merupakan satu-satunya telefon pintar dengan zoom optikal 5x, zoom hibrid 10x dan zoom digital 50x.

HUAWEI P30 Pro dilancarkan dengan 8GB RAM dan 512GB storan. Ia dikuasakan pemproses Kirin 980 64-bit-octa-core yang telah dinaiktaraf oleh HUAWEI.

HUAWEI P40

HUAWEI melancarkan siri P40 secara global pada 26 Mac dan kami yakin kita pasti akan melihat pembaharuan dan teknologi baru seperti yang HUAWEI telah berjaya lakukan pada model mereka sebelum ini.

Link: https://youtu.be/ho6BFOIZihc