realme Tawar Produk Baharu Sempena Hari Jadi Lazada!

484

realme Malaysia hari ini mengumumkan satu lagi model baharu yang direka khas buat peminat mobile gaming dengan keperluan cip pemproses pantas mahupun pengguna tegar media sosial yang inginkan kamera berkualiti tinggi. Model yang diperkatakan bagi pelancaran ini adalah realme 6 bagi variasi 4+128GB yang akan dijual pada tarikh hari jadi Lazada, 27 Mac ini. 

Menurut Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh berkata “Bagi mereka yang dikenali sebagai ‘gamers tegar’, realme 6 bukan sahaja memberi pengalaman mobile gaming setaraf flagship namun ia jugs meletakkan prioriti pada aspek fotografi dengan kamera pada 64MP. Kali ini, kami turut menyambut baik ‘Lazada Birthday Sale 2020’ dengan membawa penampilan produk baharu yang boleh didapatkan di ruangan Lazada yang memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli secara atas talian”. 

Kelainan bagi realme 6 adalah ianya dikuasakan dengan skrin 90Hz Ultra Smooth Display, 64MP AI Quad Kamera, pengecasan pantas 30W juga penggunaan antara muka terbaharu, realme UI berdasarkan sistem Android 10. 

Antara keutamaan pengguna realme adalah cip pemproses yang digunakan, kali ini realme 6 dipandu dengan MediaTek Helio G90T yang berprestasi tinggi bagi dunia mobile gaming. Ianya menggunakan proses 12nm, menjadikannya lebih kuat dan cekap. Dengan gabungan CPU terbaharu yang dikemaskini, GPU, RAM pantas dan AI berkuasa tinggi, realme 6 membawa pengalaman lancar kepada pencinta permainan mudah alih. 

Pengecasan pantas dengan ‘30W Flash Charge’ dengan bateri sebesar 4300mAH, realme 6 boleh dicaj dalam masa 60 minit sahaja. Manakala bagi pengalaman visual, realme 6 didatangkan dengan paparan 6.5-inci Ultra Smooth Display dengan 90Hz refresh rate dan 120Hz sampling rate. Ianya juga dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3 yang tahan lasak untuk perlindungan paparan lebih baik. Bukan itu sahaja, paparan realme 6 dilengkapi ciri-ciri yang menakjubkan termasuklah kesan cahaya punch-hole yang membuatkan tepi kamera menyala ketika menggunakan kunci muka atau kamera depan. 

Bagi perlindungan mata, realme 6 disokong dengan fungsi pelarasan suhu warna bagi mencegah ketegangan mata, mod warna custom yang menyokong dua paparan warna mod dan OSIE bagi meningkatkan kejelasan paparan video, intensiti warna dan menjadikan pengalaman visual pengguna lebih cemerlang. 

Kamera hadapan ultra-jelas 16MP pula bakal menjadikan selfie anda lebih cantik dengan bukaan F2.0, menyokong mod smart beauty dan kesan bokeh. Ia dilengkapi dengan algoritma kecantikan yang dibangunkan unik untuk jantina, jenis kulit dan bentuk muka yang berbeza. Manakala bagi quad kamera merangkumi kamera utama 64MP, lensa 8MP ultra sudut lebar 119°, lensa makro dan juga lensa potret B&W. Semudah satu klik sahaja, pengguna boleh menukar daripada mod biasa ke mod ultra lebar selain mendekati dunia makro hanya pada jarak 4 cm. 

Reka bentuk realme 6 diilhamkan dari unsur komet yang membelah langit malam, begitu terang dan pantas. Melalui teknologi penyaduran optik, rekaan model ini diberi nafas baharu dengan 2 pilihan warna – ‘Comet White’ dan ‘Comet Blue’. 

Antara muka yang diguna pakai ialah realme UI berdasarkan Android 10. Ia juga dikemas kini dengan DocVault, akses mudah dan cepat dalam pengisian maklumat peribadi; dan Soloop, aplikasi suntingan video pendek setaraf profesional. 

Ketersediaan Produk

 

Pautan: http://bit.ly/r6prlzd4128

“Dalam usaha kami untuk menyertai rakyat Malaysia untuk membendung penyebaran jangkitan Covid-19, semua kedai realme seluruh negara telah ditutup buat masa ini. Kami telah bekerjasama dengan Lazada Malaysia untuk memudahkan rakyat Malaysia membeli secara atas talian dengan hanya duduk di rumah. Sempena kempen yang baharu sahaja dilaksanakan iaitu #stayREALathome, kami akan menawarkan diskaun istimewa kepada rakyat Malaysia untuk realme 6 bagi variasi 4+128GB untuk menggalakkan pembeli untuk menikmati permainan di rumah serta mengambil gambar ketika detik-detik indah bersama keluarga mereka,” tambah Tiffany. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan promosi realme Malaysia, ikuti kami di halaman Facebook dan Instagram di @realmemalaysia.