OneWeb Berjaya Lancar 34 Satelit Lagi Ke Orbit dalam Pelancaran Kedua 2020

1314

OneWeb mengisytiharkan pelancaran satelit hari ini suatu kejayaan

Pelancaran ini meneruskan laluan menuju internet di merata tempat buat semua orang

OneWeb berbangga melancarkan dari Kazakhstan, melanjutkan legasi bertaraf dunia Baikonur Cosmodrome untuk industri angkasa

LONDON, 23 Mac 2020 /PRNewswire/ — OneWeb, syarikat komunikasi global dengan misi untuk membawa fungsi sambungan kepada semua orang di merata tempat, hari ini mengumumkan kejayaan pelancaran 34 satelit lagi, di atas kenderaan pelancar Soyuz dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan yang bersejarah. Pelancaran berlaku pada 21 Mac jam 17:06 UTC. Satelit-satelit OneWeb dipisahkan daripada roket dan diagihkan kepada sembilan kumpulan dengan perolehan isyarat dijangkakan dalam beberapa jam akan datang.

Ini merupakan yang kedua daripada pelancaran 34 satelitnya dalam enam minggu, satu pencapaian yang dapat dijayakan menerusi kadar dan pelaksanaan kilang pengeluaran berjumlah tinggi OneWeb Satellites di Florida. Pelancaran ini menjadikan jumlah keseluruhan satelit di orbit kepada 74, lalu mengukuhkan lagi kedudukan OneWeb sebagai sebuah syarikat komunikasi global yang terkemuka.

Kejayaan pelancaran ketiga ini merupakan satu lagi titik bukti kemajuan pesat yang dibuat oleh OneWeb sepanjang tahun lalu. Syarikat ini kini berjaya menggunakan dan menguji satelit, memasang stesen darat di seluruh dunia, memperoleh spektrum berharga dan mempunyai pelbagai terminal pengguna yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan pelanggan. Dalam fasa pelaksanaan penggunaan sistemnya, OneWeb berharap dapat membawa perkhidmatannya ke pasaran-pasaran termasuk penerbangan dan maritim serta bekerjasama dengan pembawa untuk menyediakan perkhidmatan di kawasan luar bandar dan terpencil.

Krisis kesihatan dan ekonomi global pada masa kini menekankan keperluan dan tuntutan yang luar biasa, khususnya untuk masyarakat luar biasa dan kurang terhubung di seluruh dunia. Bermula dengan kerja jarak jauh, kepada pembelajaran dalam talian, mengakses maklumat penjagaan kesihatan dan nasihat perubatan, terdapat keperluan yang amat besar untuk mendapatkan lebih banyak penyelesaian bagi menghubungkan orang ramai di mana-mana sahaja. OneWeb membuat kemajuan penting untuk membawa fungsi sambungan yang kini mengalami kekurangan di seluruh dunia.

Adrian Steckel, Ketua Pegawai Eksekutif OneWeb, berkata: “Kami amat berbangga dengan kemajuan yang dilakukan oleh kami setakat ini pada tahun 2020 dan saya ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih atas masa, usaha dan kepakaran syarikat OneWeb, rakan-rakan kongsi kami dan kakitangan kami ketika kita bersatu dan menyokong satu sama lain.

“Dalam detik yang belum pernah terjadi sebelum ini susulan wabak global COVID-19, orang ramai di seluruh dunia mendapati diri mereka mencuba untuk meneruskan kehidupan dan kerja mereka secara dalam talian. Kami melihat terdapatnya kepeluan untuk OneWeb, lebih besar pada masa kini berbanding sebelumnya. Sambungan berkualiti tinggi ialah talian hayat untuk membolehkan orang ramai bekerja, meneruskan pengajian mereka, kekal mendapat perkembangan terkini mengenai maklumat penjagaan kesihatan yang penting dan terus terhubung secara bermakna antara satu sama lain. Krisis ini telah menunjukkan keperluan yang penting untuk fungsi sambungan di mana-mana sahaja dan telah mendedahkan kelemahan segera dalam banyak keupayaan sambungan organisasi. Rangkaian satelit kami bersedia untuk merapatkan banyak jurang yang kritikal ini dalam infrastruktur komunikasi global.” 

Ikuti #OneWebLaunch di saluran media sosial OneWeb: YouTube, Instagram, Twitter, Facebook.

Main balik siaran web 
Sorotan utama pelancaran disediakan
Tonton di YouTube OneWeb

Imejan Pelancaran 
Kit media 

Kemudahan Pelancaran 
Kompleks Pelancaran Soyuz, Baikonur, Kazakhstan.

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1087486/OneWeb_Logo.jpg

Keywords: Aerospace/Defense Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services

Source: PRNEWSWIRE