Model perniagaan bertumpu penglibatan unik TMRW tetapkan standard untuk bank digital seluruh dunia

586

SINGAPURA, 17 Mac 2020 /PRNewswire/ — TMRW by UOB, bank dengan fungsi mudah alih sahaja yang pertama untuk generasi digital ASEAN, telah menyaksikan penglibatan pelanggan meningkat empat kali ganda. Ia merupakan ukuran utama kejayaannya sejak pelancarannya setahun yang lalu. Penglibatan tersebut juga menjadi pendorong mantap dalam meluaskan kumpulan pelanggan TMRW, dengan lebih dua pertiga daripada pelanggan baharu bank digital tersebut dirujuk oleh para pelanggan TMRW yang berpuas hati.

TMRW diterajui oleh model perniagaan dipacu data yang baharu dan unik yang bertujuan untuk mengukuhkan penglibatan bersama setiap interaksi pelanggan. Dengan memanfaatkan pandangan yang lebih mendalam daripada data urus niaga, TMRW berupaya untuk memperibadikan cara ia berkhidmat, berinteraksi dan menjangkakan keperluan setiap pelanggan. Setiap ciri TMRW direka agar menjadi relevan dan berguna buat pelanggan dan ini hasilnya dapat meningkatkan penglibatan.

Bank dengan fungsi mudah alih sahaja di ASEAN ini turut memberi tumpuan untuk membina sekumpulan penyokong yang akan membolehkan TMRW mengembangkan kumpulan pelanggannya secara organik melalui cadangan peribadi. Sebagai bukti kumpulan penyokong yang telah dibina olehnya, Skor Promoter Bersih (NPS)[1] TMRW, satu piawaian industri yang mengukur kesetiaan dan kepuasan pelanggan, meningkat empat kali ganda dalam suku keempat tahun 2019.

En. Natee Srirussamee, Ketua Digital Runcit, UOB (Thai) berkata, “TMRW beraspirasi untuk menjadi bank digital yang paling menarik di dunia dengan memberi tumpuan bagi menyediakan pengalaman pelanggan yang diperibadikan dan menarik. Melalui pandangan dan maklum balas para pelanggan dalam membentuk TMRW agar lebih intuitif, telus dan menyeronokkan, kami turut melibatkan pelanggan kami dalam proses kreatif tersebut. Strategi-strategi pelancaran kami telah memberi tumpuan untuk menjadikan pelanggan sedia ada gembira, seterusnya mengembangkan perniagaan melalui rujukan.”

TMRW – dibina untuk ketangkasan, direka untuk pelanggan

TMRW terus mempelajari dan memperbaiki diri bagi memastikan ia dapat menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggannya. Pada November 2019, TMRW merupakan bank pertama yang mendayakan fungsi pengecaman wajah dalam melancarkan proses membuka akaun. Kad pengesanan perbelanjaannya yang berwawasan telah membantu pelanggan memantau dan membandingkan perbelanjaan mereka mengikut bulan dan antara muka penggunanya yang diperbaharui menjadikannya lebih mudah untuk mengurus pengesanan kad kredit di mana-mana sahaja.

“Ketika kami membina TMRW dari titik permulaaan, kami mereka bentuk TMRW agar menjadi pantas dan responsif. Ini bermakna kami dapat menambahbaikan dengan pantas dan memenuhi keperluan serta jangkaan pelanggan yang berubah-ubah terhadap perkhidmatan digital. Dengan setiap penambahbaikan kepada aplikasi mudah alih kami, kami telah dapat menyaksikan kenaikan yang sepadan dalam NPS dan juga penglibatan pelanggan,” kata En. Natee.

Meneruskan momentum untuk mengukuhkan penglibatan pelanggan

Untuk terus menyediakan perkhidmatan dengan baik kepada pelanggan dan menawarkan penyelesaian serta perkhidmatan dalam bidang-bidang yang penting untuk kehidupan mereka, TMRW akan memperluaskan ekosistem rakan kongsinya bagi menawarkan lebih banyak faedah menjamu selera, membeli belah, gaya hidup dan hiburan.

TMRW akan turut melancarkan program ujian beta yang mana peserta-peserta boleh menguji dan memberi maklum balas untuk menyempurnakan ciri-ciri TMRW yang baharu sebelum ia dilancarkan kepada kumpulan pelanggan yang lebih besar. Ciri-ciri baharu pertama yang akan diuji di bawah program ini ialah “pengesanan perbelanjaan waktu sebenar”, inovasi yang pertama di ASEAN yang akan membolehkan pelanggan mengesan perbelanjaan mereka mengikut kategori-kategori pilihan dan akan dimaklumkan pada waktu sebenar apabila perbelanjaan mereka melebihi sasaran yang ditetapkan terlebih dahulu oleh mereka.

TMRW akan turut melancarkan satu inisiatif – “Creator of TMRW” – bagi membantu generasi digital Thailand mempelajari lebih lanjut mengenai cara untuk mencipta kandungan dalam talian mereka sendiri. Inisiatif berkenaan akan dikelolakan mulai Mac hingga Jun 2020. Ia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan teknik-teknik melalui bengkel bersiri yang diajar oleh pencipta-pencipta kandungan yang utama di negara tersebut termasuk Codie, M Khajorn, Fuanglada, Golf Was Here dan Gong The Cloud.

Sejak pelancarannya pada Mac 2019, TMRW telah diiktiraf sebagai perintis bank digital baik di Thailand mahupun di seluruh dunia. Kemenangan 10 anugerah industri pada tahun 2019 mencerminkan kejayaan industri yang dicapai oleh bank digital tersebut dalam bidang-bidang termasuk pengesahan biometrik, penglibatan pelanggan dan Kecerdasan Buatan (AI) interaktif yang dibangunkan daripada penggunaan data urus niaga.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:
Laman Sesawang TMRW di www.tmrwbyuob.com 
Facebook TMRW di www.facebook.com/tmrwthailand/

[1] NPS menilai sejauh mana responden mengesyorkan TMRW kepada rakan-rakan, saudara mara atau rakan-rakan sekerja mereka. Ia dikira sebagai perbezaan antara peratusan Promoter dan Pengkritik.

United Overseas Bank

United Overseas Bank Limited (UOB) ialah sebuah bank terkemuka di Asia dengan jaringan global melibatkan lebih 500 pejabat di 19 buah negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak perbadanannya pada tahun 1935, UOB berkembang secara organik dan melalui beberapa pemerolehan strategik. UOB diberi penarafan dalam kalangan bank-bank utama di dunia: Aa1 oleh Moody’s dan AA- masing-masing oleh Standard & Poor’s dan Fitch Ratings. Di Asia, UOB beroperasi melalui ibu pejabatnya di Singapura dan subsidiari-subsidiari perbankan di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, selain cawangan dan pejabat perwakilan di seluruh wilayah berkenaan.

Selama lebih lapan dekad, generasi-generasi kakitangan UOB telah melaksanakan semangat keusahawanan, fokus pada penciptaan nilai jangka panjang dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk melakukan perkara yang betul untuk pelanggan dan juga rakan sekerja kami.

Kami percaya untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan kami komited untuk mencetuskan perbezaan dalam kehidupan pemegang kepentingan kami dan dalam komuniti di tempat kami beroperasi. Sebagaimana kami berdedikasi untuk membantu pelanggan kami mengurus kewangan mereka dengan bijak dan juga untuk mengembangkan perniagaan mereka, UOB teguh dalam sokongan kami terhadap pembangunan sosial, khususnya dalam bidang seni, kanak-kanak dan pendidikan.

Logo – https://photos.prnasia.com/prnh/20200311/2746765-1LOGO?lang=0

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Survey, Polls & Research Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE