Jualan Mate Xs Diteruskan Dengan Huawei Menawarkan Servis Penghantaran Terus Ke Pintu Rumah Anda

394

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat-kuasa dari 18 Mac 2020 telah menghadkan pergerakan dan aktiviti secara umum. Langkah ini haruslah disambut baik bagi membendung penularan virus COVID-19.

Keselamatan

Bagi memastikan keselamatan masyarakat, terutamanya pengguna setia peranti Huawei, syarikat tersebut telah menawarkan servis penghantaran ke rumah apabila anda membeli Huawei Mate Xs. Anda juga mempunyai pilihan untuk mengambil sendiri peranti tersebut di mana-mana cawangan jualan Huawei.

Huawei memastikan penghantaran tersebut cukup selamat bagi pembeli dan juga penghantar dengan menitik beratkan atur cara penghantaran. Penghantar pakej akan sentiasa memakai topeng muka dan bungkusan akan dibersihkan sebelum diserahkan kepada pembeli.

Jaminan Penukaran Skrin (3 Bulan)

Bagi setiap unit Huawei Mate Xs yang dibeli, anda akan menerima 3 bulan jaminan penukaran skrin, termasuklah jika ianya berpunca dari jatuh dan sebagainya. Harus diingat, bahawa jaminan akan terbatal sekiranya ia berpunca daripada proses membuka atau pembaikan tanpa kebenaran, salah guna, pemasangan ataupun modifikasi pada peranti.

Sokongan Khidmat Pelanggan

HUAWEI turut menawarkan sokongan khidmat pelanggan satu-ke-satu yang akan beroperasi seperti biasa pada setiap hari, termasuk cuti umum. Berikut adalah saluran bantuan satu-ke-satu ditawarkan:

Hotline – 1800-22-0086 (9 pagi hingga 9 malam)

Livechat melalui aplikasi Support atau laman Support (9 pagi hingga 6 petang)

Facebook – HUAWEI Mobile (9 pagi hingga 6 petang)

Emel – mobile.my@huawei.com

WhatsApp – +6012-6855652 (9 pagi hingga 6 petang)